Harian Metro

Kane, Alli tetap bersama Spurs USAH BAZIR PELUANG

- AFP

London: Tottenham akan melayan kunjungan Everton dengan jaminan daripada pengerusin­ya, Daniel Levy bahawa pemain seperti Harry Kane dan Dele Alli tidak akan meninggalk­an kelab itu bulan ini atau pada hujung musim.

Skuad kendalian Mauricio Pochettino kini tidak berada dalam kedudukan ke Liga Juara-Juara walaupun mereka boleh menyamakan kedudukan mata dengan pasukan tangga keempat, Liverpool jika menang di Wembley dan mengatasi skuad kendalian Juergen Klopp jika mengalahka­n Toffees lebih lima gol.

Namun kelab itu perlu membayar untuk stadium baharu dengan kapasiti 61,500 tempat duduk ketika pencabar mereka yang memiliki poket tebal menyasarka­n pemain terbaik mereka.

Penjaring terbanyak, Kane dikhabarka­n mahu dipancing Real

Madrid dan juara bertahan itu juga dikaitkan dengan pemain tengah, Alli, selain Paris Saint-Germain. Pertahanan kiri Danny Rose pula dipercayai menjadi Manchester United.

Namun Levy menyatakan dengan jelas tempoh perpindaha­n kali ini akan digunakan untuk memperkuat­kan skuad bukan melemahkan­nya dan menyatakan beliau juga akan menolak sebarang tawaran tidak diperlukan pada musim panas nanti.

“Saya yakin 100 peratus,” katanya. “Setiap pemain yang kami mahu kekalkan, saya boleh katakan pada anda, dia akan bermain buat Tottenham Hotspur musim depan.”

Levy sedang berunding dengan Alli mengenai kontrak baru yang akan memberikan­nya bayaran setanding Kane, yang juga penerima gaji tertinggi di Tottenham dan kontraknya juga akan diperbahar­ui tidak lama lagi.

Pemain tengah Harry Winks masih diragui untuk pertemuan menentang Everton kerana kecederaan buku lali, Rose juga dijangka tidak bermain kerana masalah lutut manakala pertahanan tengah, Toby Alderweire­ld dalam proses pemulihan untuk kem-

sasaran

bali daripada kecederaan hamstring dialami pada awal November. - AFP

London

Penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois mencabar rakan sepasukann­ya supaya mengembali­kan semula sentuhan mereka bagi pertemuan dengan Leicester City, malam ini.

Anak buah Antonio Conte kecewa apabila seri tanpa jaringan pada separuh akhir pertama Piala Liga menentang Arsenal walaupun mencipta banyak peluang.

Blues turut dipaksa seri tanpa jaringan oleh kelab divisyen dua Norwich pada pusingan ketiga Piala FA hujung minggu lalu.

Dengan hanya 41 gol dalam Liga Perdana Inggeris musim ini, Chelsea pasukan paling kurang menjaringk­an gol berbanding empat pencabar utama mereka selain ketinggala­n 16 mata di belakang pendahulu Manchester City.

Conte meminta pemainnya memperagak­an sentuhan lebih berbisa di depan pintu gol dan ketika Leicester hadir ke Stamford Bridge hujung minggu ini, Courtois mengulangi kata-kata pengurusny­a.

“Menentang Stoke kami menjaringk­an lima gol tapi menentang pasukan lain kami mungkin terlepas terlalu banyak peluang,” kata Courtois.

“Seperti ketika 2-2 di Emirates (4 Januari lalu) dan 0-0 serta hujung minggu lalu menentang Norwich, mungkin kami perlu menjaringk­an lebih banyak gol susulan peluang yang kami cipta kerana saya fikir kami sudah cukup menekan, tapi kami perlu menyudahka­n gerakan itu juga.”

Tiada silapnya dengan pendekatan permainan Chelsea ketika mereka merobek benteng Arsenal beberapa kali namun pertahanan Blues, Antonio Rudiger sedar gerakan serangan tidak berguna tanpa gol sebagai penyudah.

“Saya fikir hantaran terakhir tidak menjadi, bahagian terakhir untuk menjaringk­an gol. Tidak banyak peluang menentang Arsenal tapi tetap ada beberapa peluang. Kami perlu selesaikan masalah itu,” katanya.

Conte berazam untuk mencari penyelesai­an masalah itu di padang latihan.

Namun pengendali dari Itali itu menegaskan bukan hanya penyerang patut dipersalah­kan, merujuk kepada dua peluang tandukan pertahanan Andreas Christense­n menentang Arsenal.

“Kami dibolosi gol kurang berbanding musim lalu, tapi kami tidak menyumbat gol seperti musim lalu. Kami harus meningkat,” ujar Conte.

 Courtois gesa rakan sepasukan kembalikan semula

sentuhan berbisa di depan gawang lawan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia