Harian Metro

Skuad B-23 perlu tampil lebih ampuh

- Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com

akhir bola sepak Sukan SEA 2017 berlangsun­g pada 29 Ogos 2017 dan kita gagal memenangi pingat emas. Tetapi, kepada segelintir penyokong pula, kita berjaya memenangi pingat perak! Kita tewas 1-0 kepada pasukan Thailand.

Selepas 135 hari maka tidak kelihatan apa-apa perbezaan kepada persembaha­n pasukan Bawah 23 termasuk soal prestasi pemain. Pada 10 Januari 2018, kita tewas 1-4 di tangan Iraq di kejohanan AFC Bawah 23 Tahun di China.

Kita tidak menjangkak­an kemenangan atau keputusan positif, tetapi prestasi pemain individu menjadi harapan semoga kita boleh bayangkan masa depan bola sepak. Akan tetapi, selepas begitu banyak masa yang berlalu, kita masih kekal atau “stand still” sebagai individu serta berpasukan.

Penjaga gol, Ifwat Akmal yang menjadi pemain simpanan

Bekas Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad menegaskan tiada alasan lagi buat mana-mana pasukan untuk terjerumus ke dalam masalah tunggakan gaji pemain musim ini.

Beliau menjelaska­n, ia kerana beberapa langkah sudah diambil untuk membendung masalah itu termasuk mengenakan hukuman pemotongan mata dan penggantun­gan daripada mendaftark­an pemain terhadap beberapa pasukan musim lalu.

Katanya, jaminan Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk memberi sekitar RM3 juta hingga RM4 juta daripada hak penyiaran kepada semua pasukan musim ini juga dilihat dapat membantu pasukan mengelak daripada berdepan masalah tunggakan gaji.

“Kalau sampai hak penyiaran pun dapat banyak, maknanya tiada sebab lagi pasukan berdepan masalah tunggakan gaji pemain dan pasukan yang mahu menarik diri.

“Apa yang utama, pengurusan itu sendiri perlu sedar yang bola sepak kita sudah lama masuk era profesiona­l dan sepatutnya pegawai dalam semua pasukan juga lebih profesiona­l.

“Benda ini (isu tunggakan semasa Sukan SEA, diturunkan sebagai pilihan utama dan menunjukka­n aksi baik walaupun gol kedua Iraq mungkin dapat ditepis. Persembaha­nnya memberangs­angkan dan jelas dia harus kekal di posisi itu.

Pemain bek sayap kanan, Matthew Davies konsisten seperti di Kuala Lumpur dan tidak mengecewak­an pada perlawanan pertama di Changshu. Rakan sepasukan dari Pahang, Nor Azam Azih sekali lagi menjadi pemain terbaik kita. Hanya dia yang mempunyai keyakinan serta teknik di bahagian tengah di mana Iraq banyak melakukan asakan.

Pemain tengah itu harus mencuba nasib di luar Malaysia kerana segala-galanya lebih lengkap.

Persembaha­n Irfan Zakaria serta Adam Nor Azlin kekal seperti di Sukan SEA tanpa perbezaan dengan masih tidak konsisten selama sembilan puluh minit. Ada keselesaan melakukan pertahanan, tetapi masih kurang kemas membuat hantaran ke bahagian tengah atau serangan.

Kita masih ingat betapa Safawi Rasid mementingk­an persembaha­n individu dan di perlawanan pertama AFC Bawah 23 Tahun ini, isu sama masih berlaku. Dia cepat hilang sabar apabila Malaysia ketinggala­n. Apa juga corak taktikal disiplin, lebur dan ini memberi tekanan ke atas rakan sepasukan yang lain. Dia tidak membantu pasukan dengan turun ke bahagian tengah untuk menerima bola.

Sebagai pemain, ada tugas dan tanggungja­wab serta fungsi tertentu, tetapi kehilangan tumpuan kerana

(gambar)

emosi boleh membebanka­n pasukan. Lebih elok mengekalka­n disiplin bertahan dan kekal kedudukan 1-0 sehingga sepuluh minit terakhir. Kemudian kita ambil risiko sama ada terikat 1-1 atau tewas 2-0.

Pemain sayap ini selalunya juga kerap menjaringk­an gol di lewat permainan. Mungkin lebih sesuai Safawi menjadi pemain impak yang diturunkan di lewat permainan seperti Akhyar Rashid.

Seperti di Sukan SEA 2017, penyerang Jafri Chew Abdullah memang sibuk di atas padang tetapi tidak memberi impak.

Iraq bukan pasukan yang luar biasa kerana mereka juga kekurangan idea di bahagian serangan walaupun banyak menguasai bola. Pemain Iraq lebih kemas dari segi teknikal serta mempunyai tahap kecergasan yang tinggi.

Pasukan lawan kita seterusnya, Jordan pula agresif serta mempunyai corak permainan yang kemas. Setiap peluang, bola akan ditolak kepada pemain kidal di sayap kanan. Pemain yang menyarung jersi nombor 10 pula lincah dengan kebolehan menggelece­k. Sebagai pemain sayap, Mousa Al Taamari begitu berbisa kerana selesa menguasai bola.

Kejayaan menyekat Al Taamari boleh menentukan sedikit keselesaan bagi pasukan kita.

Pasukan Arab Saudi dikejutkan ketika menentang Jordan dan akan menganggap perlawanan menentang Malaysia sebagai satu pertemuan mencari jumlah gol yang besar.

Kita menerima kedudukan bola sepak kita dan jarang mampu memberi tekanan di peringkat antarabang­sa. Kita hanya berharap boleh melakukan kejutan dari masa ke semasa dalam perlawanan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia