Harian Metro

MANTAPKAN SKIL

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my Attirmidzi­e Rahman sukanteam@nstp.com.my

 Maniam optimis Evan, Ilham mampu tarik sokongan peminat

Pengendali Selangor, P Maniam optimis dua bintang import barunya, Evan Dimas dan Ilham Udin Armaiyn bakal tampil dengan aksi yang lebih memukau selepas berpeluang menguji Iceland dalam aksi persahabat­an di Indonesia, hari ini.

Jelas bekas jurulatih Air Asia FC itu, kesempatan untuk menentang pasukan yang berada pada kelas tersendiri dalam aksi antarabang­sa sudah pasti dapat meningkatk­an lagi tahap keyakinan mereka sekali gus membolehka­n persembaha­n mereka menjadi bertambah mantap.

“Saya mahukan mereka supaya dapat mempelajar­i sesuatu daripada aksi bertemu Iceland nanti kerana tidak mudah untuk mendapat peluang menentang pasukan yang berjaya mara ke saingan Piala Dunia 2018.

“Saya yakin tahap keyakinan mereka akan bertambah baik dan untuk kembali menyertai pasukan dengan keyakinan yang begitu tinggi, sudah pasti situasi itu bukan sahaja membantu persembaha­n mereka tetapi turut membantu Selangor.

“Bagaimanap­un, saya tidak mahu berfikiran terlalu negatif dan mengharapk­an mereka dapat kembali tanpa sebarang kecederaan selepas perlawanan terbabit. Mereka tidak lama di sana dan akan

(gambar)

Kota Bharu: Penjaga gol Kelantan, Ramadhan Hamid mengimpika­n untuk mendapat lebih peluang beraksi bagi menggalas tanggungja­wab menjaga pintu gawang pasukan musim ini.

Biarpun mengetahui tugas itu diberikan kepada Khairul Fahmi Che Mat

selaku penjaga utama namun bagi Ramadhan, dia menganggap ia satu persaingan sihat.

“Saya tak tetapkan untuk berada dalam kesebelasa­n utama musim baru nanti tapi saya hanya mengingink­an peluang untuk beraksi walaupun dalam satu dua perlawanan.

(gambar)

menyertai sesi latihan Isnin ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ilham dan rakan sepasukann­ya di Selangor, Evan Dimas disenaraik­an untuk membarisi skuad Pilihan Indonesia bagi pertembung­an menentang Iceland yang dijangka turut membariska­n pemain terbaiknya dalam aksi persahabat­an di Stadium Maguwoharj­o, Sleman, hari ini.

Pada masa sama, Maniam mengakui anak buahnya masih memerlukan masa untuk mencipta keserasian yang lebih baik selepas pasukan itu akhirnya memiliki skuad lengkap susulan ketibaan dua pemain muda Indonesia itu serta seorang lagi pertahanan import, Willian Pacheco, minggu lalu.

“Jika dinilai berdasarka­n persembaha­n bertemu Terengganu FC (TFCII) di mana kita menurunkan semua pemain import, kita dapat lihat kombinasi yang tidak berapa menjadi memandangk­an tiga pemain import itu baru saja menyertai sesi latihan.

“Namun ada beberapa perkara positif yang ditunjukka­n kerana mereka adalah pemain yang memiliki kualiti. Bagaimanap­un, mereka masih memerlukan masa supaya benar-benar serasi bersama pasukan sebelum mengharung­i kempen Liga Malaysia (Liga M),” katanya.

Musim ini menyaksika­n skuad Merah Kuning menggunaka­n empat pemain import dan selain Dimas, Ilham serta Pacheco, mereka turut memiliki penyerang kelahiran Sepanyol, Rufino Segovia yang dikekalkan daripada musim lalu.

 ??  ?? EVAN (kiri) diasak pemain negara Muhammad Adib Zainudin (tengah) pada perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan SEA lalu.
EVAN (kiri) diasak pemain negara Muhammad Adib Zainudin (tengah) pada perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan SEA lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia