Harian Metro

Puas hati aksi di Kemboja

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Seremban: Biarpun sekadar menang sekali dalam tiga aksi persahabat­an di Kemboja, penolong kapten Negeri Sembilan, Fauzan Dzulkifli yakin keputusan itu tetap satu pencapaian positif dan memberangs­angkan.

Malah katanya, banyak perubahan dalam pasukan itu terutama dari aspek peningkata­n prestasi dan persefaham­an antara pemain menjadi faktor penting dalam usaha mereka membentuk skuad mantap menjelang saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

“Sebenarnya, keputusan di Kemboja itu tidak berapa penting kerana apa yang lebih utama kami dapat membina persefaham­an dan keyakinan dalam pasukan.

“Tambahan pula, ramai pemain baharu dalam pasukan kali ini dan kami perlu segera membentuk persefaham­an jitu antara satu sama lain, bagi memastikan jentera pasukan tidak pincang.

“Secara peribadi, pencapaian kami dalam fasa pertama persiapan pramusim di Kemboja itu dilihat positif kerana ia sebahagian daripada proses untuk membina kekuatan lebih baik sebelum cabaran Liga Super bermula,” katanya semalam.

Sepanjang seminggu berada di Kemboja sejak 4 Januari lalu, skuad Hobin Jang Hobin yang menamatkan aksi persahabat­an mereka semalam, seri 1-1 dengan Army FC, menewaskan PPC FC 3-0 sebelum tewas kepada SVAY Reing FC 1-2.

“Selepas lebih sebulan bersama Negeri Sembilan, banyak perubahan positif berlaku terutama dari aspek permainan saya dan sesi latihan serta aksi persahabat­an di Kemboja tempoh hari, nyata membantu meningkatk­an lagi keyakinan saya untuk menggalas tugas berat dalam Liga-M nanti.

“Kami akan terus fokus dan memastikan setiap tunjuk ajar serta ilmu yang diperturun­kan oleh ketua jurulatih Jorg Steinnebru­nner dan Asri Ninggal dapat diterjemah­kan dengan baik,” jelasnya.

 ?? Fauzan Dzulkifli ?? Sebenarnya, keputusan di Kemboja itu tidak berapa penting kerana apa yang lebih utama kami dapat membina persefaham­an dan keyakinan dalam pasukan”
Fauzan Dzulkifli Sebenarnya, keputusan di Kemboja itu tidak berapa penting kerana apa yang lebih utama kami dapat membina persefaham­an dan keyakinan dalam pasukan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia