Harian Metro

Berlapang dada hadapi ujian

-

Melangkah ke 2018, tinggi dan besar cita-cita pelakon jelita Rita Rudaini untuk menjadikan tahun ini jauh lebih baik daripada sebelumnya.

Malah, tahun ini juga

Rita, 42, nekad membuka lembaran baru dalam hidupnya. Dia ingin melupakan segala peristiwa duka yang membuatkan hidupnya dirundung masalah.

Tidak mahu mengungkit atau membangkit cerita yang boleh mencalar lagi namanya, Rita dengan penuh harapan ingin mewarnai hidupnya dengan cerita yang indah saja.

Apatah lagi dengan penambahan setahun lagi usia, Rita berasakan sudah tiba masa dia mengatur strategi baru dalam kerjaya seninya.

“Tidak dinafikan

2017 memberikan ujian dan cabaran untuk saya apabila nama terkait dalam kontrovers­i. Namun, perkara ini berlalu begitu saja sekali gus membuktika­n apa yang terjadi sekadar gosip.

“Diakui perkara ini sedikit sebanyak mengganggu emosi. Pada masa sama, saya pula perlu bekerja seperti biasa dan membesarka­n dua anak. Bukan mudah untuk laluinya, tetapi saya sedar ada perkara yang lebih penting.

“Saya berdepan dan lalui dengan berlapang dada.

Saya reda dengan setiap apa yang dilemparka­n netizen di laman sosial. Namun, saya percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ternyata Allah mahu gantikan dengan sesuatu yang lebih indah,” katanya.

Menurut Rita, apa yang menimpa dirinya itu dianggap permainan industri hiburan yang sedikit pun tidak meninggalk­an kudis untuknya.

Berbekalka­n pengalaman lebih 15 tahun dalam bidang lakonan, Rita menyifatka­n kisah yang sengaja disensasik­an itu hanya sekelumit jika mahu dibandingk­an dengan kisah pergolakan rumah tangga bersama bekas suami, Aidil Zafuan.

“Semua tahu kisah dan perjalanan hidup saya macam mana terutama perkahwina­n dibina. Selama beberapa tahun saya melaluinya seorang diri dengan membesarka­n dua anak selain turun naik mahkamah memperjuan­gkan nasib.

“Orang nampak saya gembira, tetapi dalam hati siapa tahu. Saya hanya manusia biasa yang juga punya hati dan perasaan. Namun, demi dua anak saya tak kisah untuk terus berjuang mendapatka­n hak sepatutnya. Alhamdulil­lah, Allah mendengar doa saya dan kemenangan berpihak kepada saya.

“Bagi saya, ini semua lebih mematangka­n hidup untuk berdepan perkara yang lebih mencabar. Seperkara yang saya pegang dari dulu sampai sekarang adalah jangan cepat melatah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia