Harian Metro

Syafie tunjuk hebat di dapur

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Mengacara program sendiri, Aroma Masak di HyppTV

Bermula dengan lakonan, siapa sangka Syafie

Naswip kini bergelar pengacara mengendali­kan program masakannya sendiri berjudul Aroma Masak yang ditayangka­n di HyppTV sejak Rabu lalu.

Syafie berkata, dia berpengala­man menjadi pengacara program tetapi menerusi Aroma Masak, dia pertama kali menjadi pengacara program masakan.

“Dalam program ini, saya mengacara, mencari bahan dan memasak sendiri,” katanya.

Ditanya mengenai minatnya dalam bidang masakan, pelakon berusia 26 tahun ini berkata, dia memang minat memasak sejak kecil.

“Sejak kanak-kanak lagi, saya memang minat memasak. Jadi, apabila ditawarkan untuk mengendali­kan program masakan dan memasak sendiri, saya terus terima.

“Namun, bukanlah masakan hebat seperti cef profesiona­l. Saya kongsikan beberapa resipi ringkas yang saya tahu dengan penonton,” katanya.

Menerusi pengacaraa­n dan masakan juga, Syafie mengharapk­an namanya tidak hanya dikenali menerusi lakonan sematamata.

“Saya suka meneroka banyak perkara baru.

Saya tak mahu hanya dikenali sebagai pelakon, tapi seorang yang mampu melakukan banyak perkara.

“Seni itu luas dan ada banyak cabang. Jadi, saya lakukan perkara yang disukai dengan sepenuh hati untuk melihat hasil yang terbaik,” katanya.

Bercerita mengenai lakonan, Syafie kini sedang berehat sebentar sebelum menyambung semula penggambar­an filem Polis Evo 2.

“Kami menjalani penggambar­an sejak tahun lalu. Jadi, pada masa sekarang, penggambar­an ditangguhk­an buat seketika kerana keadaan cuaca yang tidak menentu di pantai timur. Penggambar­an akan bersambung semula Mac depan,” katanya.

Berlakon dalam filem Polis Evo 2 adalah satu peluang yang tidak selalu diterimany­a.

“Tak selalu saya akan menerima tawaran untuk berlakon dalam filem yang luar kebiasaan. Nama watak saya juga perlu dirahsiaka­n.

“Apa yang pasti, saya cuba lakukan yang terbaik dan ingin penonton melihat hasil kerja seluruh pasukan yang bertungkus-lumus menjayakan filem sekuel ini,” katanya.

Walaupun sudah 12 tahun berada di dalam industri hiburan, masih ada lagi persepsi daripada sesetengah individu yang menganggap kemampuann­ya dalam lakonan masih di tahap pelakon kanak-kanak.

“Saya sudah cuba buang persepsi itu, namun masih ada yang tak nampak kemampuan saya untuk melakonkan watak berbeza.

“Yang pasti, saya anggap itu sebagai sebahagian daripada perjalanan saya sebagai anak seni. Saya akan terus meneroka pelbagai karakter dan ‘gali’ pelbagai ilmu lain dalam dunia lakonan,” katanya.

 ??  ?? Saya suka meneroka banyak perkara baru. Saya tak mahu hanya
dikenali sebagai pelakon, tapi seorang yang mampu melakukan
banyak perkara
Saya suka meneroka banyak perkara baru. Saya tak mahu hanya dikenali sebagai pelakon, tapi seorang yang mampu melakukan banyak perkara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia