Harian Metro

Coutinho Budak Pemalu Luar Biasa

-

Semua media tertumpu kepada Philippe Coutinho yang berjaya disambar Barcelona minggu lalu namun disebalik cerita perpindaha­n berkenaan, anak kepada Ze Carlos (bapa) dan Dona Esmeralda (ibu) ini mempunyai pelbagai kisah menarik sejak dari zaman kanakkanak sebelum bergelar bintang bola sepak.

Dilahirkan dalam keluarga kurang berkemampu­an, Coutinho sebenarnya seorang kanakkanak yang pemalu malah sentiasa bersendira­n serta menangis jika disuruh melakukan sesuatu.

Bagaimanap­un, perjalanan kehidupann­ya bermula di Rocha, Rio De Janeiro iaitu kawasan setinggan yang berdekatan dengan stadium terkenal di Brazil, Maracana.

Pada awalnya dia memang menyukai permainan bola sepak namun tidak membabitka­n diri, apabila dia hanya menyaksika­n orang lain bermain bola sepak di atas padang simen iaitu tempat di mana abangnya, Cristiano dan Leandro mencabar kawan-kawan mereka.

Sebenarnya padang simen itu adalah tempat di mana magisnya bersinar, apabila dia mula membabitka­n diri dalam permainan bola sepak pada usia enam tahun.

Semua orang seperti tidak percaya bahawa kanak-kanak pemalu itu mempunyai kehebatan tersendiri sehingga memaksa nenek kepada rakannya menyeru untuk membabitka­n diri secara serius bersama pasukan di kawasan berkenaan.

Ketika itu perasaan malunya sudah semakin hilang apabila dia beraksi bersama rakan-rakannya yang menetap di kawasan sama, namun pada masa itu bakatnya sudah mula dihidu pencari bakat kelab-kelab besar di Brazil.

Vasco Da Gama menjemput Coutinho untuk melakukan sesi ujian dan secara tibatiba perasaan malu serta takut kembali menyelubun­ginya.

Selepas sudah berjaya membiasaka­n diri pada usia 13 tahun Coutinho berjaya menunjukka­n sinar serta kemampuan

yang dimiliki sehingga membolehka­nnya menyertai skuad kebangsaan Bawah 14 Tahun.

“Saya terpilih bersama beberapa pemain hebat dan berbakat yang lain. Ia menunjukka­n kepada saya bahawa bola sepak ketika itu sudah menjadi sebahagian dari karier saya. Saya mula menganggap bahawa saya tidak lagi boleh main-main dan perlu lebih serius,” katanya

Kehebatan yang dimiliki Coutinho akhirnya berjaya membuka mata gergasi dari Eropah termasuk

Inter Milan yang sanggup membuat pelaburan AS$7.7 juta untuk mendapatka­n khidmatnya, walaupun ketika itu dia baru berusia 16 tahun dan menyertai kelab

Itali itu dua tahun kemudian.

Terkenal dengan gelaran ‘Little Magician’ sejak dari zaman kanak-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia