Harian Metro

Weah dari penyerang ke presiden

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Ibu negara Liberia, Monrovia berpesta seperti mereka meraikan kemenangan Piala Negara Negara Afrika bulan lalu, namun sebenarnya perayaan berkenaan adalah khas untuk menyambut kejayaan bekas penyerang negara berkenaan, George Weah sebagai presiden.

Siapa yang dapat menyangka Weah yang sebelum ini menjadi tonggak utama AC Milan dalam saingan Serie A pada pertengaha­n hingga penghujung era 90-an, menjadi pemimpin negara Liberia selepas berjaya menumpaska­n Joseph Boakai dengan kelebihan 60 peratus undi.

Bekas pemain AS Monaco dan Paris Saint-Germain (PSG) itu menggantik­an presiden wanita pertama benua Afrika, Ellen

Johnson Sirleaf dari parti demokratik.

“Buat semua rakyatku di Liberia, saya dapat merasakan perasaan anda. Saya memikirkan kepentinga­n dan tanggungja­wab besar ini. Perubahan akan berlaku,” kata Weah dalam Twitter.

Weah, dibesarkan di Monrovia dan satu-satunya pemain dari benua Afrika yang berjaya memenangi anugerah pemain terbaik dunia FIFA dan Ballon D’Or.

Beliau bergiat aktif dalam dunia politik selepas bersara sebagai pemain bola sepak pada 2002 dan sekarang ini menjawat jawatan sebagai senator di parlimen Liberia.

Kemenangan Weah juga menyaksika­n beliau mendapat ucapan tahniah dari kelab lamanya,

PSG melalui Twitter dan menganggap bekas pemain mereka itu bukan saja seorang legenda tapi bijak.

Mengimbau kembali kehebatan Weah pada era 90-an, beliau boleh dikategori­kan sebagai salah seorang penyerang terbaik dunia ketika itu kerana mampu menjaringk­an gol sebanyak mungkin berbanding pemain hebat lain pada generasiny­a.

Bekas pemain Manchester City itu juga terkenal dengan kehebatan, kewibawaan dan naluri sebagai seorang penyerang, selain mempunyai kelebihan dari segi fizikal.

Semuanya itu diadun dengan sempurna bersama tindakan penyudah, kretiviti dan kemahiran untuk menjadikan salah seorang penyerang prolifik.

Pantas, kuat, mempunyai kelebihan fizikal ternyata memudahkan Milan untuk mencari pengganti penyerang kelab berkenaan, Marco Van Basten.

Bersama Ronaldo dan Romario, Weah dilihat sebagai penyerang moden yang juga mampu bertindak baik di luar petak penalti serta mampu membawa bola terus ke pintu gol, tatkala ketika itu kebanyakka­n pemain di bahagian depan hanya mampu beraksi cemerlang di dalam petak penalti.

Selain meraih gelaran sebagai pemain terbaik Afrika sebanyak tiga kali dia juga dikenali dengan nama samaran sebagai ‘King George’.

 ??  ?? PROFIL
NAMA PENUH: George Tawlon Manneh Oppong Ousman Weah
TARIKH LAHIR: 1 Oktober 1966
TEMPAT LAHIR: Monrovia, Liberia TINGGI: 185s
POSISI: Penyerang NOMBOR JERSI: 9 PASUKAN KEBANGSAAN: Liberia (60 caps, 22 gol) KETIKA mewakili AC Milan
di era...
PROFIL NAMA PENUH: George Tawlon Manneh Oppong Ousman Weah TARIKH LAHIR: 1 Oktober 1966 TEMPAT LAHIR: Monrovia, Liberia TINGGI: 185s POSISI: Penyerang NOMBOR JERSI: 9 PASUKAN KEBANGSAAN: Liberia (60 caps, 22 gol) KETIKA mewakili AC Milan di era...
 ??  ?? MENGGALAS tanggung jawab besar sebagai presiden.
MENGGALAS tanggung jawab besar sebagai presiden.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia