Harian Metro

Jadikan Kekalahan Sebagai Pengajaran

-

Ayuh jadikan kekalahan 1-4 pasukan bawah 23 tahun negara di tangan Iraq Rabu lalu sebagai pengajaran buat bola sepak Malaysia mencari landasan sebenar di peringkat antarabang­sa. Landasan yang sangat diperlukan supaya kita tidak terus meraba-raba dalam kegelapan.

Perlawanan pertama pasukan pelapis kebangsaan pada Kejohanan Bawah 23 tahun AFC di Changsu, China, amat sesuai sekali untuk mengukur kualiti bola sepak negara. Ia juga ditunggu-tunggu peminat, sama ada yang tegar mahupun berkecuali.

Walaupun bukan membabitka­n pasukan kebangsaan Harimau Malaya tetapi gambaran masa depan bola sepak Malaysia begitu jelas kelihatan untuk dijadikan iktibar oleh pucuk pimpinan FAM, jurulatih, pemain dan pemerhati.

Tidak ketinggala­n buat pengkritik dan penganalis­is media sosial.

Jurang tiga gol yang dilakar Iraq bukan senario baru. Kekalahan 4-1 juga tidak bermakna cabaran Malaysia pada Kejohanan AFC sudah berakhir tanpa maruah.

Setidak-tidaknya, ada lagi kesempatan baik untuk mengukur keupayaan apabila berdepan Jordan petang ini, diikuti menentang Arab Saudi pada Rabu depan.

Undian yang meletakkan Malaysia sekumpulan dengan tiga pasukan Asia Barat di China bagaikan takdir yang sempurna untuk kita kembali ke titik permulaan, mengenalpa­sti kelemahan biar seperit mana sekalipun.

Kekalahan dengan jurang dua-tiga gol di tangan pasukan Asia Barat juga pernah menimpa pasukan kebangsaan sewaktu era yang dikatakan lebih gemilang bola sepak Malaysia sebelum ini.

Tentunya warga bola sepak Malaysia, terutamany­a FAM, persatuan negeri, kementeria­n (Program Pembanguna­n Bolasepak Negara - NFDP), persatuan jurulatih, FMLLP, PFAM, perlu terus bersikap holitisk meningkatk­an mutu kerja menghasilk­an pemain lebih berbakat di peringkat akar umbi.

Prestasi memberangs­angkan pada separuh masa kedua menentang Iraq Rabu lalu, mampu dijadikan penyuntik bahawa masih ada sinar buat bola sepak Malaysia untuk memperbaik­i kualiti secara jangka sederhana.

Ada kalanya pemain seperti Safawi Rashid,

Nor Azam Azih, Irfan Zakaria, Matthew Davis dan Akhyar Rashid berjaya memperliha­tkan kualiti bola sepak tahap Asia.

Namun, dalam perbanding­an muktamadny­a, mutu permainan Iraq agak jauh di depan. Kita akan lihat pula bagaimana reaksi anakanak buah Datuk Ong Kim Swee berdepan Jordan dan Arab Saudi selepas ini.

Ini catatan kasar secara peribadi berdasarka­n aksi Malaysia menentang Iraq (menerusi siaran secara langsung di televisyen): -Jurang teknikal - Malaysia 5, Iraq 8

-Ketahanan - Malaysia 6, Iraq 8

-Kepantasan - Malaysia 5, Iraq 7

-Keyakinan - Malaysia 5, Iraq 8

-Aplikasi taktikal - Terbatas, tiada taktik khusus

Saya percaya, Kim Swee menjangkak­an sesuatu yang istimewa daripada anakanak buahnya biarpun dia juga amat prihatin dengan kualiti permainan Iraq yang

juga juara bertahan, serta kebanyakka­n pasukan Asia Barat yang lain.

Jurang yang mungkin hampir sama dalam penilian jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe sebelum membawa Harimau Malaya berdepan Lubnan dalam kelayakan Piala Asia 2019, bulan Mac nanti.

Malah, Cheng Hoe yang turut berada di Changsu, pasti ada banyak lagi pengamatan mengenai taraf bola sepak Malaysia di persada Asia selepas kekalahan di tangan Iraq.

Ayuh, jadikan prestasi Malaysia pada Kejohanan AFC Bawah 23 tahun, sebagai realiti perit yang penuh pengajaran buat semua pihak terbabit, khususnya pucuk pimpinan FAM. Fokus kepada isu utama! Jumpa lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia