Harian Metro

SHAHROM SAMBUNG BELAJAR

-

Spy Bola tabik dengan Shahrom Kalam kerana dalam kesibukan sebagai pemain bola sepak, masih ada ruang untuk meneruskan pengajian peringkat ijazah dalam jurusan pengurusan sukan.

Tidak ramai ahli sukan yang sanggup berbuat begitu kerana ia menuntut komitmen tinggi yang mana mereka perlu bijak membahagik­an masa antara karier dan pelajaran.

Di Malaysia, beberapa atlet seperti Tan Sri Dr M Jegathesan, Datuk Zaiton Othman dan Datuk Marina antara boleh dijadikan contoh sebagai ahli sukan yang berjaya dalam karier dan akademik.

Shahrom yang sudah memiliki diploma dalam jurusan pengurusan perniagaan ternyata bijak merancang masa depannya kerana sedar pada usia 33 tahun sekarang, kariernya sebagai pemain semakin menghampir­i penghujung.

Apa yang Spy Bola tahu, selain mempunyai pekerjaan tetap di sebuah institusi kewangan yang mana dia kini mengambil cuti tanpa gaji, Shahrom juga menjalanka­n perniagaan sebagai pembekal bahan-bahan yong tau fu.

Dengar cerita perniagaan yang diurus oleh isterinya itu kian berkembang serta sudah ada beberapa buah kilang.

Shahrom beritahu Spy Bola, dengan memiliki kelayakkan akademik dalam pengurusan perniagaan dan sukan, dia mempunyai pilihan lebih luas selepas bersara, sama ada mahu terus melibatkan diri dalam bola sepak, kembali bekerja atau menumpukan perhatian kepada perniagaan.

Spy Bola berharap, pemain bola sepak lain terutama yang masih muda mencontohi Shahrom sebagai persediaan masa depan mereka. Walaupun gaji berpuluh-puluh ribu sebulan tapi jika tidak bijak merancang, mereka akan hidup susah bila bersara.

Spy Bola: Spy profesiona­l.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia