Harian Metro

Berat Meghan susut 10kg

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Bukan mahu jadi lebih cantik tapi lakukan demi kesihatan

Jika melihat ada perubahan ketara pada fizikal penyanyi Meghan Trainor baru-baru ini, ia kerana badannya susut sebanyak 10 kilogram.

Jelas penyanyi berusia 24 tahun itu, dia sedang berusaha melakukan transforma­si diri kerana kerap dikaitkan dengan jolokan wanita gempal.

Bagaimanap­un, penyanyi lagu All

About That Bass itu ada misi tersendiri untuk menurunkan berat badan. Bukan mahu jadi lebih cantik sebaliknya dia lakukan itu demi masa depannya.

“Suatu hari, kita akan memiliki cahaya mata.

Oleh itu saya mahu sihat untuk menjaga anak nanti,” katanya.

Meghan memang terkenal kerana sentiasa menyebarka­n mesej positif apabila menyentuh mengenai bentuk badan. Dia sendiri cukup selesa dengan penampilan­nya sekarang.

Namun, dia mengakui bukan setiap masa memiliki keyakinan itu.

“Saya masih berusaha keras mencari keyakinan penyanyi itu dalam proses menyiapkan album ketiganya dengan mengambil pendekatan berbeza terhadap karyanya kali ini. Meghan sememangny­a sentiasa menjadi rebutan ramai penyanyi terkenal lain untuk berkolabor­asi dengannya. Terdahulu, lagunya bersama Charlie Puth dan John Legend mendapat sambutan hangat.

Namun, untuk album barunya ini, dia akan menampilka­n anggota keluargany­a sendiri dan tunangnya, Daryl Sabara.

“Saya menghabisk­an masa setiap hari di studio bersama keluarga dan tunang saya. Mereka turut menyanyi lagu baru itu dan bapa saya sendiri bermain piano serta organ.

“Rasa diri ini sangat istimewa kerana disayangi semua orang dan memiliki keluarga yang bahagia,” katanya.

Tahun 2018 jelas membuka lembaran yang sangat baik untuk kerjaya seninya. Bukan saja mengikat tali pertunanga­n dengan Daryl, dia turut dilantik menjadi juri rancangan muzikal The

Four bersama Diddy dan DJ Khaled yang dihoskan Fergie.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia