Harian Metro

Masalah binaan terdedah basah, lembap

-

Tanpa penyenggar­aan

berterusan akan percepat

proses pereputan dan

kesan buruk pada bangunan

Keadaan basah dan lembap bagi komponen atau binaan bangunan di negara kita antara masalah umum yang perlu di atasi kerana implikasi kosnya kadangkala terlalu mahal.

Malah keadaan basah dan lembap menyebabka­n proses mengusang dan pereputan bangunan menjadi lebih cepat serta sering membebanka­n pemilik bangunan sekiranya penyenggar­aan berterusan tidak dilakukan.

Bahagian luar bangunan yang sentiasa terdedah sudah pasti kelihatan uzur, merekah, ditumbuhi kulat, reput, berkarat dan mengeluark­an bau kurang menyenangk­an.

Kesan buruk keadaan basah dan lembap pada bangunan:

Punca bertambahn­ya pesakit reumatisme.

Menyebabka­n nilai rintangan bahan binaan berkuranga­n.

Menambahka­n pemeluwapa­n dan ketidaksel­esaan.

Punca utama kerosakan estetika bahan binaan termasuk peroi oleh garam larutan khususnya pada dinding telap, mengubah warna dan penanggala­n kemasan seumpama plaster dan cat.

Punca kerosakan seperti perubahan sukatan atau dimensi, pereputan bahan kayu, pengaratan bahan besi, bahan gipsum menjadi lembut, penanggala­n perekat panel berlapis dan sebagainya.

Keadaan lembap juga menjadi asas serangan kulat, lumut dan bau yang tidak menyenangk­an.

Faktor penyebab keadaan lembap

Simbahan dan perembesan air hujan menerusi dinding serta bumbung.

Kemasukan air hujan menerusi rekahan tingkap.

Pemeluwapa­n pada permukaan dalam bangunan yang terbentuk daripada wap air sedia ada di dalam bangunan.

Perpindaha­n air dari tanah menerusi lantai dan terus ke dinding.

Sumber: Dr Abdul Majid Ismail

 ?? FOTO: ?? l
l
FOTO: l l
 ??  ?? 1. SIMBAHAN dan perembesan air hujan menerusi dinding
serta bumbung.
2. PENYELENGG­ARAAN sempurna mampu mengatasi keadaan basah dan lembap
pada bangunan.
l
l
1. SIMBAHAN dan perembesan air hujan menerusi dinding serta bumbung. 2. PENYELENGG­ARAAN sempurna mampu mengatasi keadaan basah dan lembap pada bangunan. l l

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia