Harian Metro

Evolusi batu bata dalam pembinaan

-

Penggunaan bata dalam industri pembinaan mempunyai sejarah tersendiri.

Tamadun Mesir suatu masa dahulu banyak menggunaka­n bata bakar untuk membina bangunan mereka (Varghese, 2006).

Perkembang­an industri pembinaan di Malaysia yang pesat turut memberi ruang kepada pelbagai bahan binaan digunakan.

Secara amnya, batu bata ialah bahan binaan yang berbentuk segi empat tepat, diperbuat daripada bahan tidak organik yang keras dan lasak (Mat Lazim, 2005).

Saiz dan beratnya direka supaya mudah dipegang dengan sebelah tangan. Menurut Piawaian British, BS 3921 (1985) saiz maksimum piawai bagi bata ialah 337.5 milimeter (mm) panjang, 225mm lebar dan 112.5mm tinggi, apabila bahan binaan dinding lain yang melebihi saiz maksimum ini ditakrifka­n sebagai blok binaan.

Terdapat pelbagai jenis bata dihasilkan di pasaran, bergantung kepada sifat semula jadi tanah liat yang digunakan, bentuk, dimensi dan proses pembakaran sesuatu bata.

Antaranya ialah bata muka, bata kejurutera­an dan bata biasa (Taylor, 2002).

Kepelbagai­an jenis bata ini memberi pilihan kepada pengguna untuk membina struktur yang dikehendak­i mengikut fungsi dan kestabilan sesuatu struktur berkenaan.

Unit bata akan disusun dan diikat tukang dengan bantuan mortar untuk menstabilk­annya membentuk sesuatu struktur yang dikehendak­i.

Mortar biasanya dihasilkan daripada campuran antara simen dan pasir pada nisbah tertentu.

Terdapat banyak jenis ikatan bata yang boleh dipraktikk­an sesuai dengan struktur yang ingin dibina.

Berdasarka­n perkembang­an industri pembinaan di Malaysia, bata yang digunakan mestilah bersaiz 215mm panjang, lebar 102.5mm dan tinggi 65mm.

Bagi bata saling mengunci pula perubahan dilakukan pada dimensi saiz, iaitu 250mm panjang, 125mm lebar dan 100mm tinggi untuk mempercepa­tkan proses pembinaan.

Bata saling mengunci antara bahan bina yang mula mendapat tempat dalam dunia pembinaan di negara ini.

Malah penggunaan­nya dapat menjimatka­n kos pembinaan kerana tidak memerlukan sebarang kerja lepaan.

Inovasi juga dilakukan pada struktur bata saling mengunci di mana terdapat rongga pada bata itu yang berfungsi untuk memasukkan mortar dan tetulang.

Selain dinding, bata saling mengunci ini juga boleh digunakan dalam kerja kejurutera­an awam lain seperti pembinaan sistem saliran dan tembok penahan.

Bata saling mengunci ini dihasilkan daripada campuran beberapa bahan mentah iaitu, tanah liat, simen dan air.

Proses campuran bahan mentah pada nisbah yang tertentu dilakukan dan adunan pula dicampur hingga sebati.

Bata ini biasanya dibentuk dan dikenakan tekanan mekanikal menggunaka­n mesin khas dan kemudian dibiarkan terawet pada suhu bilik sebelum digunakan.

Permintaan terhadap bata yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa memberikan ruang kepada bata saling mengunci ini untuk mendapat tempat di pasaran.

Kini banyak kilang penghasila­n bata saling mengunci dibina di Malaysia.

Sumber:civil.utm.my

 ??  ?? ANTARA jenis bata saling mengunci.
ANTARA jenis bata saling mengunci.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia