Harian Metro

Sejenak di rumah kartun

- Hidayatul Akmal Ahmad hidayatula­kmal@ hmetro.com.my

Hiasan dinding pelbagai watak, karakter kartun sambut pengunjung RKKM

Hijau putih adalah kombinasi warna bangunan Rumah Kartun dan Komik Malaysia (RKKM) di Taman Botani, Kuala Lumpur.

Gabungan warna itu jika dilihat dari luar sememangny­a menggamit pengunjung untuk meninjau rumah berkenaan yang dibuka sejak 1 April 2017 sempena Hari Kartunis Semalaysia 2017.

Penulis yang baru pertama kali menjejakka­n kaki ke sana terpegun dengan kehijauan di sekeliling bangunan.

Patung kartun comel pula sebagai tanda penghargaa­n kepada pengunjung yang hadir.

Pengurus Pameran RKKM Tazidi Yusuf berkata, idea dekorasi dan susun atur dalam RKKM adalah gabungan idea ahli kumpulan itu sendiri yang memakan masa kurang sebulan untuk dilaksanak­an.

“Di dalam RKKM menghimpun­kan lebih 500 karya daripada 50 kartunis tempatan sejak 1930an an taranya kartunis terkenal negara Datuk Mohd Noor Khalid atau Lat, Jaafar Taib, Dinie Juri, Rossem, Gayour dan Lambok.

“Rumah ini menyimpan karya kartun berusia lebih 80 tahun seperti Mahsuri lukisan Saidin Yahya hingga komik yang pernah menjadi fenomena suatu masa dulu seperti GilaGila dan Ujang,” katanya ketika Dekotaman, barubaru ini.

Ketika melangkah masuk ke RKKM, anda akan disambut dengan hiasan dinding pelbagai watak dan karakter kartun yang dikumpulka­n dari zaman hitam putih hingga sekarang.

“Semua karya yang dipamerkan adalah asli daripada beberapa kartunis terkenal negara dan kami melalui pelbagai kepayahan untuk mengumpul karya asli berkenaan.

“Kami mengambil masa kirakira enam bulan untuk berbuat demikian. Bagaimanap­un, cabaran paling getir adalah untuk membaik pulih karya yang sudah rosak tulisannya,” katanya.

Antara karya yang di pamerkan terdiri daripada koleksi Lat, GilaGila, Gelihati, Batu Api, Kampung Boy dan Dan Den Don, Salina dan banyak lagi yang menjadi fenomena luar biasa apabila jualan majalah mencecah ratusan ribu naskhah.

Bagi generasi menempuh remaja dan dewasa pada hujung 1970an dan 80an, GilaGila boleh dikatakan antara majalah humor yang tanpa disedari membentuk minda menjadi progresif.

Menurut Tazidi, mereka mengambil masa kirakira setahun bagi mengumpulk­an semua karya kartunis tempatan di seluruh negara.

Konsep santai dan informatif pula diterapkan sebagai panduan kepada pengunjung.

“Diharap dengan adanya RKKM akan dapat menarik lebih ramai generasi muda mencintai dan mengetahui sejarah komik dan kartun di negara ini.

“Kami juga mengadakan kelas melukis kepada yang berminat pada setiap

Sabtu bermula jam 3 hingga 5 petang,” katanya.

 ??  ?? TAZIDI
TAZIDI
 ??  ?? ANTARA koleksi yang
terdapat di RKKM
ANTARA koleksi yang terdapat di RKKM
 ??  ?? PEMANDANGA­N
dari luar RKKM
PEMANDANGA­N dari luar RKKM
 ??  ?? BERSENI
BERSENI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia