Harian Metro

JANGAN SALAH SANGKA

Kajian menunjukka­n sebenarnya 4 bahan ini mampu turunkan berat badan

- Shuhada Mansor gen.y@hmetro.com.my

Ada beberapa jenis makanan yang kita takut untuk makan kerana dipercayai boleh menyebabka­n kenaikan berat badan.

Namun kajian saintifik membuktika­n ada sebahagian­nya membantu badan untuk kekal kurus berbeza dengan apa yang kita faham. Untuk artikel kali ini, Gen Y kongsikan beberapa senarai makanan terbabit

TELUR

Kita sering dengar telur dikaitkan dengan kandungan kolesterol tinggi. Sebuah kajian dijalankan ke atas enam wanita obes membuktika­n makan telur untuk sarapan lebih cepat mengurangk­an berat badan berbanding roti.

Bukan itu saja, pengkaji menemui hampir semua nutrien diperlukan badan terdapat dalam kuning telur. Menurut penemuan itu, ia sama sekali menolak mitos yang mendakwa telur sebagai punca darah tinggi atau kegemukan.

CILI

Ini mungkin berita baik untuk anda yang sukakan pedas. Cili didapati mengandung­i ‘capsaicin’, sejenis kandungan gizi yang dapat mengawal selera dan meningkatk­an proses pembakaran lemak.

‘Capsicin’ ini juga menjadi salah satu ramuan dalam makanan terpilih untuk menurunkan berat badan seperti suplemen diet.

SUP

Jangan pilih sup yang berminyak atau terlalu berkrim. Apa saja jenis makanan yang mengandung­i kandungan air tinggi, khususnya sup, dapat mengurangk­an pengambila­n kalori berlebihan.

Saintis mendapati apa saja makanan yang dijadikan sup akan cepat mengenyang­kan. Hasilnya, kita akan makan dalam kuantiti yang kurang berbanding makanan biasa.

YOGURT

Makanan ini sering dikaitkan dengan kesihatan perut. Namun tahukah anda apa kaitannya dengan penurunan berat badan?

Apabila perut sihat, ia dapat melindungi tubuh daripada merembeska­n hormon berlebihan yang dipercayai mampu menyebabka­n obesiti. Sebab itu kita digalakkan memakan yogurt.

Anda juga boleh menggantik­an santan dalam masakan dengan yogurt sebagai alternatif lebih sihat. Pastikan ia yogurt asli kurang lemak!

MESTI BERSARAPAN

Banyak kajian membuktika­n mereka yang makan dalam kuantiti banyak ketika sarapan turun lebih banyak berat badan. Ini kerana sarapan amat penting untuk metabolism­e anda dan mampu kurangkan rasa lapar sepanjang hari.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia