Harian Metro

SYEN NG JARI

-

an dalam talian gan mahu berjimat, uang’

PAKAIAN

Bayangkan anda perlu menghadiri majlis makan malam dengan tema tertentu dalam waktu terdekat dan tiada bajet yang besar untuk membeli pakaian.

Selain ke kedai bundle, alternatif lain adalah dengan mencari pakaian bersesuaia­n di portal jual beli dalam talian kerana di situ pelbagai jenis pakaian ditawarkan daripada persalinan lelaki, perempuan sehinggala­h ke fesyen Muslimah.

Pilihan juga lebih banyak dan anda boleh cuba tawarmenaw­ar harga dengan penjual.

Itu kelebihann­ya kerana tidak semestinya pakaian yang dijual di butik dalam pusat beli-belah memenuhi cita rasa anda dan jika berkenan sekalipun, ada kemungkina­n harganya di luar kemampuan.

KASUT

Jika tidak sempat ke butik, masih ada cara lain untuk membeli kasut iaitu dengan menempahny­a di portal jual beli dalam talian.

Namun, sebelum membuat pembelian, pilih saiz yang betul dan tanya penjual sama ada stok kasut berkenaan masih ada atau tidak.

Ia bagi memastikan anda tidak tersilap membeli kasut dan menyesal kemudian hari!

BEG

Bagi penggemar beg berjenama, laman sosial dan portal jual beli dalam talian adalah alternatif untuk anda mendapatka­nnya pada harga lebih rendah.

Bagaimanap­un, anda perlu memastikan beg berkenaan benarbenar asli sebelum meneruskan pembelian dan sebaik-baiknya, minta nasihat daripada mereka yang arif.

Jangan kerana terlalu taasub terhadap barangan berjenama, anda tertipu dan menanggung kerugian besar.

AKSESORI

Tidak semua individu gemar memakai aksesori kerana ada yang hanya menggayaka­nnya ketika menghadiri majlis tertentu.

Jadi, daripada membazir, lebih baik anda beli saja aksesori ‘preloved’ terus dengan penjual di laman sosial atau portal jual beli dalam talian.

Tiada salahnya membeli yang murah lebih-lebih lagi jika anda bukannya peminat nombor satu aksesori!

ALAT SOLEK

Pencinta alat solek dan kosmetik juga boleh mendapatka­n item kesukaan mereka itu di portal jual beli dalam talian.

Jika bernasib baik, anda akan mendapat diskaun yang tinggi atau tidak dikenakan caj penghantar­an.

Pelbagai jenis alat solek dijual dan anda cuma perlu menyediaka­n wang secukupnya saja!

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia