Harian Metro

DEDAH KEPENTINGA­N ILMU

-

Universiti Norton, Phnom Penh antaranya Forum Peranan Mahasiswa dalam Masyarakat dan Negara.

“Walaupun budaya forum bukan menjadi kebiasaan penuntut tempatan di sini, ia dilihat mampu meningkatk­an semangat penuntut agar keluar dari zon selesa.

“Pada sebelah petang pula kami menganjurk­an perlawanan futsal antara dua negara untuk mengeratka­n hubungan silaturahi­m,” katanya.

Katanya, aktiviti perkongsia­n ilmu sains di S ekolah Menengah Haji Fikry, Kampung Chumnik juga mendapat sambutan menggalakk­an daripada pelajar sekolah itu.

“Perkongsia­n ilmu sains dari seorang peserta program mengenai sains dan teknologi membuka mata pelajar untuk mengaitkan dunia sains dalam kehidupan seharian mereka.

“Aktiviti berkenaan disusuli aktiviti berbentuk praktikal antaranya mereka cipta kapal terbang hasil inspirasi Ibnu Nafis menggunaka­n bahan seperti tisu, penyedut minuman dan stapler.

“S elain itu, kami berpeluang menjejakka­n kaki di Kedutaan Malaysia di Phnom Penh. Di sana kami didedahkan betapa pentingnya menghargai negara dan mengetahui perkembang­an isu luar negara khususnya berkaitan Malaysia,” katanya.

Menurutnya, mereka sangat gembira dapat berbakti kepada kanakkanak Kemboja di sana.

“Perasaan gembira jelas kelihatan di wajah kanakkanak Kemboja ini apabila kami mengajar mereka cara menggunaka­n berus gigi dan membasuh tangan dengan betul.

“Kami mahu mereka bukan saja diberi pendedahan mengenai ilmu pengetahua­n malah menitikber­atkan kesihatan dan kebersihan.

“Kami berharap projek Misi Harmoni terus bersinar sebagai platform kepada seluruh penuntut dan belia Malaysia dalam memanifest­asikan maksud ‘khidmat’ yang tidak terhad kepada sumbangan berbentuk fizikal sematamata.

“Bahkan ia boleh menjadi sumbangan dalam bentuk pembanguna­n diri dan tunjang utama khidmat masyarakat seperti program ini,” katanya.

S elain sumbangan berbentuk perkongsia­n ilmu pengetahua­n, Harmoni turut menyalurka­n bantuan berbentuk keperluan harian dan kemudahan kepada golongan asnaf serta pusat tahfiz di Phnom Penh.

17 penuntut universiti ikuti Misi Harmoni di Kemboja

 ??  ?? BERGAMBAR kenangan di Kemboja.
BERGAMBAR kenangan di Kemboja.
 ??  ?? SESI mengajar kanak-kanak Kemboja cara memberus gigi.
SESI mengajar kanak-kanak Kemboja cara memberus gigi.
 ??  ?? PERLAWANAN futsal antara peserta dan penuntut universiti Kemboja.
PERLAWANAN futsal antara peserta dan penuntut universiti Kemboja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia