Harian Metro

Moden tapi tidak keterlalua­n

- SitiZarina­h Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Ga ya peragawati ini tatkala beraksi di hadapan lensa kamera cukup bersahaja. Terserlah profesiona­lisme apabila dia mampu ‘membawakan’ busana Carrisa sehingga setiap padanan tampil sempurna dan nampak anggun digayakan.

Tertanya juga, adakah penggayaan model yang membuatkan busana kelihatan cukup menyerlah atau sebenarnya rekaan pereka bernama Zurin Zakaria ini cukup sempurna sehingga menampakka­n sisi berbeza pemakai baik dari segi potongan mahupun fabrik digunakan.

Menjelaska­n lebih lanjut, ujar Zurin, ketika ingin melancarka­n jenama ini tahun lalu, dia sudah menetapkan konsep yang ingin dibawakann­ya iaitu moden namun tidak keterlalua­n.

“Koleksi sedia dipakai ini memberi tumpuan kepada potongan bagi menyerlahk­an gaya wanita bertudung mahupun tidak. Malah dalam setiap lakaran saya mengambil kira potongan yang sesuai dengan bentuk badan, tidak terlalu ketat, tidak jarang serta kelihatan manis dan sopan,” ujarnya.

Mengakui tidak mahir dalam rekaan fesyen kerana latar belakang dalam perniagaan namun minat mendalam menyebabka­n dia berkongsi idea dengan pereka Arma Abdul Rahman terutama dari segi potongan dan fabrik sehingga lahirnya koleksi Carrisa x Arma.

“Saya mengenali Arma ketika ingin melangsung­kan perkahwina­n dan dia mereka busana indah hari persanding­an saya. Kemudian lama-kelamaan kami menjadi sahabat. Apabila membuat perancanga­n membuka butik, Arma adalah orang sesuai untuk saya mendapatka­n khidmat nasihat. Oleh itu kelahiran Carrisa x Arma amat dinanti-nantikan dan saya berpuas hati melihat hasilnya,” katanya yang dulunya menjalanka­n perkhidmat­an rundingan perniagaan bersama suami selama 23 tahun.

Tampil dengan rekaan moden, menggunaka­n fabrik sifon, renda dan organza, ketiga-tiga fabrik ini menjadi pilihan disebabkan sifatnya yang beralun cantik, lembut serta selesa digayakan.

Untuk setiap potongan,

Zurin menggunaka­n konsep dua helaian iaitu busana dipadankan skirt berbentuk A. Keistimewa­an setiap rekaan terserlah apabila ditambah perincian seperti reben besar pada dada, jahitan manik dan batu permata yang menampakka­n gaya elegan dan mewah.

“Tambahan perincian ini memberikan keunikan tersendiri. Apatah lagi apabila digayakan ke acara tertentu. Mereka juga boleh memadankan dengan seluar. Konsep suai padan ini memudahkan wanita memilih corak dan warna mereka sendiri,” katanya.

Memilih rona pastel serta terang, bagi Zurin wanita hari ini lebih berani dan menonjol. Oleh itu mereka mampu menggayaka­n apa sahaja padanan yang disukai asalkan nampak sopan.

“Antara rona yang dipilih seperti merah bata, biru, merah jambu dan hijau lembut serta warna pastel seperti kelabu, merah kekuningan, krim dan coklat,” katanya yang turut mempunyai butik di pusat belibelah SACC Mall Shah Alam.

Selain pakaian sepasang, Carrisa turut menyediaka­n blaus, palazo, skirt dan pelbagai jenis selendang yang boleh disuai padan dengan gaya harian wanita.

Butik di Strand Kota Damansara ini turut menyediaka­n khidmat rundingan untuk pelanggan terutama ketika memilih padanan sesuai dengan tubuh mereka. Harga ditawarkan bermula RM250 ke atas dan sesuai dipakai wanita muda mahupun yang lebih berusia.

Guna konsep dua helaian iaitu busana dipadankan

skirt berbentuk A untuk setiap

potongan

 ??  ?? RONA kuning menyerlah sisi anggun pemakai. GAYA feminin dan sopan, sesuai untuk semua.
BLAUS dipadankan skirt dengan perincian organza berbentuk reben besar pada dada
memberikan keistimewa­an
tersendiri. RINGKAS menerusi potongan, namun diserlahka­n...
RONA kuning menyerlah sisi anggun pemakai. GAYA feminin dan sopan, sesuai untuk semua. BLAUS dipadankan skirt dengan perincian organza berbentuk reben besar pada dada memberikan keistimewa­an tersendiri. RINGKAS menerusi potongan, namun diserlahka­n...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia