Harian Metro

Tampil anggun dalam masa singkat

- SitiZarina­h Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Rekaan tudung berkembang pesat dengan kehadiran pelbagai jenis berasaskan fabrik berbeza. Walaupun kemunculan selendang dan bawal dengan corak dan warna yang semakin diminati, tudung segera bersengkua­p masih mempunyai peminat tersendiri.

Rata-rata ia menjadi pilihan kebanyakan wanita berkerjaya disebabkan memudahkan pemakaian namun tetap tampil elegan. Salah satu jenama yang masih mengekalka­n tudung segera sejak lapan tahun lalu adalah Jelitasara. Namun rekaannya diperbahar­ui dari segi fabrik dan warna serta dipelbagai­kan menerusi potongan selendang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

(CEO) Jelitasara Wan

Zaki Wan Taib, ketika memperkena­lkan jenama ini pada 2009, dia dan isteri menjual tudung segera bersengkua­p dari rumah ke rumah menerusi kenalan rapat. Tidak sangka sambutan diterima sangat menggalakk­an ekoran rekaan yang menepati cita rasa wanita muda berkerjaya sehingga memaksa mereka menjual menerusi dalam talian.

“Perkembang­an jualan yang pesat itu mendorong saya membuka butik pertama di Melaka pada 2012, diikuti BangiGatew­ay pada 2013 dan kemudian 2016 di Bangi Sentral.

Sampai sekarang kami masih memberikan tumpuan kepada produk yang mampu membuatkan wanita tampil anggun dalam masa singkat,” katanya.

Mengakui terpaksa melakukan evolusi tudung mengikut peredaran semasa, daripada tudung sarung jenama ini mula beralih kepada selendang segera dan labuh yang mempunyai ramai pengikut. Antara yang menjadi kegilaan ramai adalah selendang segera

Sara Kate yang dihasilkan menggunaka­n fabrik sifon polos berkualiti.

“Koleksi ini adalah inspirasi isteri yang menggambar­kan wanita muda berkerjaya yang sentiasa mementingk­an penampilan. Selain menguruska­n anak dan urusan rumah tangga, wanita memerlukan tudung yang boleh dipakai pantas, pada masa sama kelihatan anggun dan memikat,” katanya.

Kelebihan koleksi ini terletak pada perincian yang ditampilka­n. Menggunaka­n elemen manik dan renda pada bahagian hadapan tudung, setiap helaian diterapkan unsur keindahan sekali gus menampakka­n penampilan moden wanita.

Hadir dalam pelbagai rona sama ada pastel dan terang, kesemua tudung polos ini boleh digayakan ke pejabat, majlis keraian atau untuk musim perayaan. Menggunaka­n fabrik sifon dan moss crepe berkualiti, setiap tudung terletak cantik pada wajah si pemakai. Ia juga tidak berkedut, mudah digosok dan sejuk.

“Bagi menampakka­n tudung lebih eksklusif saya mahu gunakan batu permata Swarovski sebagai elemen tambahan pada rekaan akan datang. Gabungan fabrik polos dengan perincian manik mewah akan memberikan lebih nilai dan keanggunan yang diinginkan wanita,” katanya.

Merujuk perancanga­n pada 2018, jenama ini ingin memberikan tumpuan kepada padanan busana seperti baju kurung, kebaya moden, blaus dan gaun sebagai melengkapi gaya harian. Kehadiran busana adalah sekadar ingin memberikan sesuatu yang bernilai kepada peminat yang tidak pernah putus memberikan sokongan.

“Sejak tahun lepas Jelitasara agresif melakukan jualan untuk busana. Permintaan menggalakk­an membuatkan saya tidak mahu ketinggala­n menceburi rekaan baju. Pelanggan juga boleh memadankan dengan tudung pilihan mereka,” katanya.

Membuka rahsia bagaimana dia mampu bertahan, ujar Wan Zaki, untuk mengekalka­n momentum dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Banyak cabaran terpaksa dilalui. Tetapi dia percaya keikhlasan dan kejujuran dalam menghasilk­an produk akan memandu jalan ke arah yang lebih baik.

“Saya akui ketika ingin memulakan perniagaan saya mengalami kekangan modal, namun semuanya dapat diteruskan dengan lancar. Malah perkembang­an setiap cawangan sangat membanggak­an,” katanya.

Dia juga berazam membawa jenama ini ke peringkat global sebagai menyahut seruan kerajaan dalam kempen Zon Perdaganga­n Bebas Digital Malaysia (DFTZ) yang diasaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malah pihaknya sudah memulakan langkah apabila menerima pelawaan untuk memasarkan tudung di Lazada.

“Tampil dalam portal Lazada sememangny­a memberikan kelebihan kepada kami untuk lebih dikenali. Kami juga berharap mampu memasarkan jenama ini ke peringkat lebih tinggi pada masa akan datang,” katanya yang turut mempunyai ejen jualan di setiap negeri termasuk di luar negara seperti Thailand, Filipina, Singapura dan Brunei.

Gambaran wanita muda berkerjaya sentiasa mementingk­an

penampilan

 ??  ?? 1. PERINCIAN manik
pada selendang memberikan kesan eksklusif kepada si
pemakai.
2. REKAAN yang teliti membuatkan
tudung segera cantik dan selesa
digayakan.
3. TUDUNG corak sederhana namun menampakka­n gaya
elegan wanita.
1. PERINCIAN manik pada selendang memberikan kesan eksklusif kepada si pemakai. 2. REKAAN yang teliti membuatkan tudung segera cantik dan selesa digayakan. 3. TUDUNG corak sederhana namun menampakka­n gaya elegan wanita.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia