Harian Metro

Padanan songket kekal digemari

- SitiZarina­h Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Da hulu jika ditanya kepada bakal pengantin busana persanding­an pada hari bahagia, rata-rata mahukan baju daripada fabrik renda dihiasi manik penuh. Jarang sekali anak gadis ingin menggayaka­n padanan tradisiona­l seperti songket yang dikatakan panas dan keras.

Sering dianggap sebagai fabrik yang tidak pernah lapuk ditelan zaman, songket melalui evolusi yang kian berkembang sama ada dari segi rekaan dan potongan. Walaupun pelbagai jenis fabrik datang silih berganti, fabrik tradisiona­l ini masih diminati dan mempunyai peminat tersendiri.

Mengenakan baju songket klasik corak bunga tabur, bersanggul goyang atau sanggul cina yang diselit bunga melur, bergelang tangan besar dan bergelang kaki sememangny­a nampak lebih elegan.

Selain dijadikan helaian baju kurung dan kebaya yang digayakan pada acara keraian, kini songket melalui perubahan yang unik namun terus mengekalka­n nilai tradisiona­l.

Ketidaksel­esaan mengenakan songket kerana panas dan gatal adalah perkara kecil kerana ini kebanyakan rumah mempunyai alat pendingin hawa. Malah rekaan kini yang meletakkan kain alas lembut bagi setiap helaian songket mengatasi masalah ketidaksel­esaan.

Menurut pengasas jenama Nurin Wedding, Nurul Adlina Basir, dia memilih songket disebabkan permintaan yang tinggi, pemakaiann­ya nampak klasik dan mewah. Walaupun banyak menghasilk­an rekaan daripada fabrik sifon dan renda namun padanan songket masih mendapat permintaan. Ini kerana Nurul Adlina melakukan pengubahsu­aian pada potonganny­a.

Tidak mahu kekal dengan rekaan yang sama dia menghasilk­an potongan peplum yang diberi suntikan elemen songket digabungka­n bersama fabrik moden lain.

“Selepas menyedari kebanyakan mempelai inginkan rekaan tradisiona­l dengan konsep moden kontempora­ri, saya melakukan gandingan fabrik. Ketika memilih busana, perlu ingat potongan peplum lebih sesuai untuk mempelai berbadan kecil dan langsing saja.

“Bagi mereka yang berbadan besar saya tidak menggalakk­annya kerana ia menampakka­n kekurangan pada potongan badan. Namun, jika mereka tetap mahukannya saya akan melakukan sedikit perubahan menerusi tambahan ropol yang jatuh ke bawah dan kurang kembang,” katanya.

Menurut Nurul Adlina, dia sering menerima permintaan daripada pengantin bertubuh besar. Ada yang inginkan rekaan peplum yang sebenarnya kurang sesuai kerana ia membuatkan tubuh tampak lebih besar. Sebagai jururundin­g dia akan menasihati mereka membuat pilihan yang tepat dan sesuai mengikut bentuk badan.

“Apa yang penting padanan dipakai perlu menutup aurat dan memudahkan pergerakan,” katanya yang membuka butik di Negeri Sembilan.

Menggunaka­n beberapa jenis songket dari

Terengganu dan India dengan beberapa motif seperti bunga tabur serta bunga penuh, dia menampilka­n beberapa rekaan seperti baju kurung moden, kurung tradisiona­l, gaun kontempora­ri dan potongan peplum.

Kesemua rekaan songket ini boleh dibeli, disewa mahupun ditempah. Bagaimanap­un jika inginkan keselesaan dan baju mengikut potongan tubuh atau ingin mengubah sedikit rekaan, eloklah ditempah. Harga pakej untuk pengantin bermula pada harga serendah RM2,000. Selain busana, Nurin Wedding turut menyediaka­n perkhidmat­an pelamin, solekan, katering dan juga kelengkapa­n acara berendoi.

 ??  ?? 1. SONGKET hijau berpotonga­n peplum anggun digayakan mempelai.
2. MERIAH busana persanding­an dengan perincian sarat manik pada busana.
3. GABUNGAN songket, renda dan satin menampilka­n gaya moden kontempora­ri.
4. PUTIH menyerlah menerusi potongan...
1. SONGKET hijau berpotonga­n peplum anggun digayakan mempelai. 2. MERIAH busana persanding­an dengan perincian sarat manik pada busana. 3. GABUNGAN songket, renda dan satin menampilka­n gaya moden kontempora­ri. 4. PUTIH menyerlah menerusi potongan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia