Harian Metro

Hargai sokongan selama 50 tahun

- SitiZarina­h Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Kempen Gold To Drive tawarkan

hadiah bernilai lebih

RM1 juta

Perhiasan emas sememangny­a menjadi pilihan dalam melengkapk­an penampilan wanita. Logam kuning berharga ini bukan sekadar menjadi hiasan bahkan pelaburan menguntung­kan sejak dulu lagi. Oleh itu bukanlah sesuatu yang luar biasa jika barang kemas kekal mendominas­i pasaran aksesori wanita apatah lagi apabila ia sentiasa mendapat sentuhan baru dari segi konsep dan rekaan.

Menghargai pelanggan setia yang banyak memberikan sokongan, Tomei melancarka­n kempen Gold To Drive bersempena ulang tahun ke-50 jenama itu dengan menawarkan hadiah bernilai lebih RM1 juta termasuk kereta mewah BMW X5 dan set barangan kemas Tomei bernilai RM168,000.

Menerusi kempen Gold To Drive itu, pelanggan hanya perlu berbelanja RM1,000 di mana-mana cawangan untuk melayakkan mereka menyertai cabutan bertuah.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Tomei Datuk Ng Yih Pyng, penghargaa­n ini diberikan kepada pelanggan yang tidak putus menyokong jenama itu sehingga ke hari ini.

“Selepas 50 tahun jenama ini masih kekal di pasaran dan terus kukuh mencipta nama untuk masa akan datang, semuanya kerana kepercayaa­n yang ditunjukka­n pelanggan. Kempen ini diadakan untuk menghargai mereka,” katanya.

Dengan rangkaian pelbagai jenis barangan kemas, jenama ini sentiasa menjadi pilihan wanita yang inginkan rekaan terkini dan unik. Pada tahun ini Tomei masih unggul dengan koleksi emas 916 namun dipermoden­kan menerusi perhiasan berwarna seperti merah dan merah jambu.

Antara rekaan yang mendapat perhatian adalah Chomel dan Hello Kitty yang sesuai digayakan wanita muda dalam lingkungan usia 20 tahun ke atas.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Hamzah Zainudin yang merasmikan acara berkenaan berkata, kerjasama di antara kerajaan dan pemain industri perhiasan berupaya memberi lonjakan terhadap ekonomi negara sehingga menyumbang RM7 bilion pada tahun lalu dan dijangka meningkat pada masa akan datang.

Hadir sama, Pengarah Urusan Tomei Consolidat­ed Berhad Datuk Ng Yih Pyng dan Pengasas Tomeo Group Tan Sri Dr Ng Teck Fong.

Sempena sambutan ulang tahun jubli emas, Tomei turut memperkena­lkan logo baharu yang menyerlahk­an lagi aspirasi jenama berkenaan. Memiliki lebih 60 cawangan dalam dan luar negara termasuk Vietnam dan Eropah, Tomei yang bermaksud sangat cantik dalam bahasa Mandarin diharap terus diterima sebagai perhiasan bermutu yang menjadi pilihan wanita.

 ??  ?? HAMZAH (tengah) bersama Ng (kanan) dan Dr Ng melancarka­n Kempen Jubli Emas Ulangtahun Tomei ke-50. ANTARA koleksi terkini yang digayakan model pada hari itu.
HAMZAH (tengah) bersama Ng (kanan) dan Dr Ng melancarka­n Kempen Jubli Emas Ulangtahun Tomei ke-50. ANTARA koleksi terkini yang digayakan model pada hari itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia