Harian Metro

LEBIH PILIHAN UNTUK JEJAKA

- SitiZarina­h Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Suntikan elemen segar setiap kasut mempunyai

cerita tersendiri

Sepasang sut lengkap bertali leher kelihatan tampan digayakan lelaki. Namun ia kelihatan kurang sempurna sekiranya tidak dilengkapi kasut yang mampu menyerlahk­an penggayaan jejaka.

Menyedari sepatu menjadi antara keperluan penting lelaki jenama kasut mewah wanita, XALF, melancarka­n koleksi kasut lelaki pertama XALF Homme kerana ingin meneroka rekaan yang lebih pelbagai serta memberikan pilihan kepada jejaka.

Menurut Pengasas XALF Xavier Mah, lima tahun lalu dia memberi tumpuan kepada keperluan wanita dengan mengetenga­hkan rekaan sepatu mewah dan unik. Namun melihat senario lelaki juga tidak lokek bergaya lantas dia mula mencari idea untuk menghasilk­an kasut lelaki.

“Dalam tempoh lima tahun saya banyak belajar bagi memantapka­n pemahaman mengenai rekaan. Saya gembira kerana menerima sokongan daripada pelanggan yang meminta saya menceburi pembuatan kasut lelaki. Selepas mengambil kira banyak perkara akhirnya saya bersedia dengan XALF Homme,” katanya.

Koleksi pertama ini,

True dihasilkan dengan teliti agar pembuatann­ya nampak mewah dan moden. Malah Xavier sangat menitikber­atkan kualiti khususnya dalam pemilihan fabrik. Mengambil gaya klasik dengan suntikan elemen segar setiap kasut mempunyai cerita tersendiri.

“Untuk rekaan ini saya menghabisk­an lapan bulan untuk mendapatka­n prototaip sesuai. Ini termasuk menyemak ketinggian tumit, pemotongan dan pemilihan kusyen bagi setiap rekaan. Paling penting, adalah keselesaan si pemakai untuk menyarungk­an kasut ini sepanjang hari tanpa rasa sakit, berpeluh, ketat dan melecet, “katanya.

 ??  ?? BERGAYA ke pejabat dengan sepatu hitam.
BERGAYA ke pejabat dengan sepatu hitam.
 ??  ?? MODEN untuk
jejaka yang gemar bergaya
sederhana.
MODEN untuk jejaka yang gemar bergaya sederhana.
 ??  ?? BOLEH dipadankan dengan pakaian kasual atau rasmi.
BOLEH dipadankan dengan pakaian kasual atau rasmi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia