Harian Metro

ENAM SEKOLAH BERJAGA-JAGA

Hujan lebat berlarutan hingga air naik 0.5 meter

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak meletakkan enam sekolah rendah di Miri, Baram, Mukah dan Selangau dalam keadaan berjaga-jaga susulan hujan lebat berterusan sejak pagi semalam.

Sebahagian sekolah itu yang terletak di kawasan rendah turut dinaiki air 0.5 meter, namun keadaan banjir masih terkawal dan sesi persekolah­an diteruskan seperti biasa.

Antara sekolah yang terjejas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kelabit, Miri, SK Kuala Kenyana, Mukah, SK Kuala Bok, Baram dan SK Sungai Bong, Baram, selain SK Sungai Anak dan SK Iban Union di Selangau.

Jurucakap JPBN Sarawak berkata, pihaknya akan melakukan pemantauan bagi memastikan keselamata­n 365 murid di keenam-enam sekolah itu terjamin.

Menurutnya, setakat ini, keadaan paras air yang naik setinggi 0.5 meter hanya di kawasan rendah, namun ia menyebabka­n ada sesi persekolah­an terpaksa dijalankan di dewan makan sekolah.

“Kawasan lain yang dinaiki air adalah padang sekolah, laluan utama ke kelas dan asrama, lantaran itu sesi pengajaran dan pembelajar­an perlu diadakan dalam keadaan berjaga-jaga.

“Kebanyakan sekolah mempunyai asrama desa dan murid, justeru murid akan dibenarkan pulang cuti hujung minggu ini ke rumah masing-masing sehingga keadaan sekolah kembali pulih sepenuhnya,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, satu pusat pemindahan sementara masih aktif iaitu di Dewan Serbaguna Kampung Lereng Bukit di Miri yang menempatka­n 20 penduduk daripada enam keluarga.

“Penduduk terbabit dipindahka­n selepas kediaman mereka terjejas akibat tanah runtuh yang berlaku 7 Januari lalu,” katanya.

 ??  ?? HUJAN lebat menyebabka­n kawasan rendah di beberapa sekolah dinaiki air.
HUJAN lebat menyebabka­n kawasan rendah di beberapa sekolah dinaiki air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia