Harian Metro

Lelaki selamba curi besi akhirnya kantoi

-

Serian: Tindakan seorang lelaki mencuri pelbagai jenis besi secara terbuka akhirnya memakan diri apabila dia ditahan di Lubok Kemayo di sini, petang kelmarin.

Dalam serbuan jam 2 petang, suspek berusia 59 tahun ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian hasil risikan dan maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Serian Deputi Superinten­dan Aswandy Anis berkata, ketika kejadian, seorang penduduk terkejut melihat suspek meletakkan besi di depan rumahnya di Kampung Tangga di sini, jam 7 pagi.

Menurutnya, suspek yang menaiki Perodua Kelisa secara selamba berhenti di depan rumah penduduk berkenaan dan mengambil pelbagai besi di kawasan luar rumah berkenaan.

“Bagaimanap­un, suspek tidak sedar tindakanny­a diperhatik­an penghuni rumah yang turut mencatat nombor pendaftara­n kereta suspek.

“Suspek beredar tidak lama kemudian, manakala penghuni rumah berkenaan memaklumka­n kejadian kepada polis,” katanya, semalam.

Aswandy berkata, berdasarka­n maklumat, polis membuat serbuan di rumah suspek dan merampas 62 kilogram besi serta pelbagai barang lusuh yang dikumpulka­n di sudut kawasan berkenaan.

Katanya, polis juga merampas Perodua Kelisa yang digunakan suspek selain resit jualan barang lusuh untuk siasatan.

“Setakat ini polis yakin menyelesai­kan beberapa kes kecurian besi yang dilaporkan di Serian sebelum ini. Suspek dibawa ke IPD Serian untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.

 ??  ?? BESI dan barangan lusuh yang ditemui di rumah suspek.
BESI dan barangan lusuh yang ditemui di rumah suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia