Harian Metro

NASIB SI KEMBAR

- Amniera Naziera Amran hmkk@hmetro.com.my

Dua beradik duduk rumah kebajikan akibat kesempitan hidup keluarga

“Ketika rakan sebaya bermain bersama, kami pula sibuk mengutip tin minuman untuk dijual kepada peniaga barangan lusuh. Dapatlah kami duit untuk belanja sekolah dan membantu keluarga,” kata remaja lelaki dikenali sebagai Zuwins, 15.

Remaja itu dan kembarnya dikenali sebagai Tumins, antara penghuni Pusat Kebajikan Care Haven, dekat sini. Rumah itu menempatka­n orang kurang upaya (OKU), warga emas, anak yatim dan kanak-kanak terabai.

Menurut Zuwins, ia sebahagian kisah hidupnya pada zaman kanak-kanak sebelum mereka ditempatka­n di rumah kebajikan berkenaan.

Menceritak­an kisah silamnya, remaja itu mendakwa, mereka berbuat demikian memandangk­an ibu dan bapa tidak bekerja.

“Semasa kecil kami tidak seperti kanak-kanak lain kerana selalu ponteng sekolah. Kami sibuk cari tin kosong untuk dijual bagi menyara hidup,” kata Zuwins yang mempunyai empat beradik.

Ibunya mengambil keputusan menempatka­n pasangan kembar itu di pusat kebajikan terbabit. Dua lagi adiknya yang berusia sembilan dan tujuh tahun pula tinggal bersama kakak sepupu di kampung.

“Saya dan adik ditempatka­n di rumah ini ketika berusia sembilan tahun. Selepas itu, kembar saya juga ditempatka­n di sekolah pendidikan khas kerana dia ada masalah pembelajar­an,” katanya. Ketika ditemui Harian Metro, remaja itu kelihatan ceria tinggal di rumah kebajikan meskipun terpisah daripada keluargany­a.

Ia mungkin kerana kembar ini biasa berdikari sejak kecil. Malah, dia juga rajin membantu kakitangan rumah bebajikan berkenaan.

Zuwins berkata, dia gembira tinggal di rumah berkenaan kerana diberi peluang bersekolah dan menjaga kembarnya dengan baik.

“Kembar saya tidak seperti remaja lain yang mudah faham arahan. Jadi, biarlah saya jaganya di sini kerana saya sudah biasa,” katanya.

Mengenai perancanga­n masa depan, remaja ini berkata, dia mahu belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita menjadi ahli bomba.

Katanya, ia bagi membolehka­n dia kembali tinggal bersama keluarga meskipun mereka sudah lama terpisah.

“Saya mahu keluar dari sini (rumah kebajikan ini) dan mahu berkumpul bersama ibu dan adik. Saya mahu jalani kehidupan seperti orang lain,” katanya.

 ??  ?? ZUWINS (kanan ) bersama kembarnya Tumins.
ZUWINS (kanan ) bersama kembarnya Tumins.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia