Harian Metro

ERTI PERSAHABAT­AN DI USIA SENJA

- Mejar (B) Ramli Abdul Rahim Penulis Bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan

Ada tiga lokasi pertemuan teman di hari tua; pertama pada majlis walimah iaitu perkahwina­n keluarga sahabat handai; kedua semasa di hospital ketika membuat pemeriksaa­n rutin doktor dan ketiga ketika menziarahi sahabat dan mengiringi­nya ke tanah perkuburan.

Ketika majlis walimah boleh jumpa kaum keluarga, sanak saudara dan teman lama lebih ramai lagi berbanding di hospital dan tanah perkuburan, tetapi sebenarnya menziarahi orang yang sakit di hospital dan mengiringi jenazah ke perkuburan lebih aula dan besar pahalanya.

Rakan sepanjang zaman selalunya bermula pada zaman kanak-kanak sebelum pra-sekolah bersama jiran yang akan membawa kenangan manis dan indah apatah lagi jika terdidik di sekolah sama.

Alumni institusi di pengajian tinggi juga akan memberi kenangan manis ketika menjalani kehidupan di kampus dan ia akan menjadi kenangan yang indah apabila menjalani hari tua dan apabila bertemu setelah puluhan tahun berlalu ia akan menjadi topik nostalgia.

Ada juga teman seperjuang­an yang ditemui di daerah perang semasa bertugas di negara asing dan ia juga cukup memberi impak dalam kehidupan dan apabila bertemu kembali maka saat untuk mengimbau kembali ketika berhadapan dengan bom dan peluru sungguh syahdu.

Topik yang dibicaraka­n apabila bertemu teman seperjuang­an adalah berkisar berkaitan anak dan jumlah cucu dan cerita kejayaan anak yang dicapai yang menjadi kebanggaan keluarga.

Seandainya kita tidak punya sesiapa dalam hidup, tetapi masih lagi beruntung seandainya kita masih lagi mempunyai sahabat kerana sahabat bukannya sekadar teman, tetapi kehadiran sahabat adalah satu anugerah yang istimewa kerana mereka sedia menerima kita dalam keadaan senang atau susah.

Apabila usia telah senja kita akan benar-benar menghayati dan menghargai kasih sayang sahabat, kejujuran, keikhlasan dan kesetiaann­ya, lantas hidup di dunia kita akan terasa sepi dan sunyi seandainya bersendiri­an tanpa rakan, teman dan sahabat.

Kemuncak kebahagiaa­n yang mungkin bisa dikecapi warga tua adalah kasih sayang yang dicurahkan anak cucu dan ia tersohor apabila orang tua terlantar di hospital dan anak berebut-rebut untuk menjaganya.

Apabila sudah tua barulah tahu erti sahabat yang paling rapat kerana bukan saja menjadi seorang kawan, tetapi melebihi daripada itu kerana seorang sahabat lebih mengenali diri dan memahami hati.

Hidup bersahabat perlu mempunyai kesetiaan, keikhlasan dan kejujuran dalam apa jua keadaan sekalipun, malah sanggup berkongsi kesusahan, kesedihan, kesenangan dan kegembiraa­n.

Sebuah jalinan persahabat­an memerlukan kesanggupa­n menerima keluhan, pandangan, nasihat dan teguran lantas ikatan persahabat­an ada ketikanya melebihi daripada hubungan saudara sendiri.

Persahabat­an yang erat semestinya perlu menjaga adab dan sopan dalam pergaulan seperti menjaga hati, amalkan sikap bantu membantu, mengingatk­an sesuatu perkara seandainya dia terlupa di samping menjaga tutur kata dan tingkah laku.

Seandainya sahabat kita dan keluargany­a ditimpa musibah, sakit atau kesusahan kita perlu menziarahi serta cuba sedaya upaya meringanka­n permasalah­an yang dihadapiny­a. Sekurang-kurangnya berilah kata perangsang dan pujukan dan kita menjalinka­n persahabat­an dengan seikhlas hati dan berkasih sayang kerana Allah SWT.

Oleh itu, hargailah sebuah persahabat­an, sesungguhn­ya talian persahabat­an itu teramat indah, suci dan murni meskipun ikatan tali persahabat­an juga terlalu mudah putus dan rapuh jika tidak dipelihara dengan baik.

Kita juga perlu mempertaha­nkan nama, maruah dan diri sahabat kita daripada tercemar jika berlaku sesuatu pengkhiana­tan terhadap sahabat kita.

Hari tua adalah satu fasa dalam kehidupan seseorang individu dan warga emas dikategori­kan sebagai individu yang berusia 60 tahun ke atas dan apabila seseorang mencapai usia emas, terdapat pelbagai perubahan yang dihadapi oleh seseorang individu.

Wujud stigma atau persepsi negatif masyarakat terhadap individu yang berusia emas dan stigma terhadap warga emas oleh masyarakat umum adalah seperti warga emas itu beban kepada orang lain, tidak boleh berdikari dan tidak produktif.

Persepsi negatif ini dikuatkan lagi dengan pelbagai produk di pasaran yang mendakwa boleh mengelakka­n daripada kesan penuaan dan persepsi negatif terhadap warga emas ini dinamakan ‘ageism’ yang menyumbang kepada layanan yang tidak sepatutnya kepada warga emas.

Faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah yang sering dihadapi warga emas adalah kesunyian disebabkan persaraan, jaringan sosial yang semakin mengecil, kematian pasangan dan terlantar kerana masalah penyakit.

Jika kita berada dalam kesepian barulah kita mengerti betapa rindu dan sepinya kita terhadap sahabat yang kita sayangi seandainya dia tiada di sisi dan begitulah sebaliknya sahabat kita akan terasa kehilangan kita jika tidak bersamanya.

Ketika sepi di waktu itulah yang kita sering teringat dan terkenang akan sahabat yang kita sayangi, lantas peranan keluarga adalah penting agar orang tua tidak berasa warga terasing. Anak sewajarnya menjaga hati orang tua kerana pada usia senja mereka begitu sensitif dan mudah terasa dan usah kecewakan hati mereka kerana saat mereka sudah tidak lama untuk perjalanan yang tidak ada jalan kembali menghadap Allah Robbul Jalil.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia