Harian Metro

MAKIN KACAU

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

> Tatkala Datuk Farid Kamil direman empat hari semalam, adik pelakon filem itu mendakwa

kegagalan Farid menemui dua anaknya dipercayai menjadi punca

dia terjebak penyalahgu­naan dadah. Bagaimanap­un, kenyataan Fadzil Bahari Zahari itu dinafikan isteri Farid, Datin Diana Danielle yang menegaskan Farid masih menemui kedua-dua zuriat itu

manakala ibu mentua Farid, Norsiah Ramli pula mengesahka­n pasangan suami isteri itu masih

duduk sebumbung.

Farid buat hal di lokasi penggambar­an

sehari sebelum ditahan

Kuala Lumpur

Sehari sebelum Datuk Farid Kamil ditahan kerana menampar anggota polis bertugas dan orang awam di Balai Polis Kota Damansara, pelakon Ridzuan Hashim, 53, terlebih dulu menjadi mangsa penampar pelakon dan pengarah terkenal itu. Ridzuan ketika dihubungi mengaku tidak tahu mengapa Farid menamparny­a ketika di

lokasi penggambar­an drama Uniknya Cinta, Rabu lalu.

“Kejadian berlaku jam 1.30 pagi pada 10 Januari lalu di studio milik Soffi Jikan ketika berlangsun­g penggambar­an drama arahan Shuhaimi Lua Abdullah.

“Tidak semena-mena Farid menampar pipi kiri saya sampai jadi merah. Apabila saya jerit ‘Oi kenapa kau tampar aku’ dia terus berlari keluar meninggalk­an premis yang menjadi lokasi penggambar­an,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Ridzuan, sebelum kejadian dia baru keluar dari tandas dan memakai stoking di bilik wardrobe.

“Tiba-tiba Farid masuk dan bertanya ada baju tak. Saya beritahu itu semua baju pelakon dan saya terus tunduk memakai stoking.

“Entah kenapa dia terus menampar saya. Apabila saya jerit tanya kenapa

dia terus lari keluar daripada premis itu dan tidak patah balik untuk mengambil keretanya.

“Ketika itu saya lihat dia seperti kebingunga­n. kru dan pelakon lain menjadi saksi apabila saya menjerit namanya dan mereka juga melihatnya berlari keluar.

“Bagaimanap­un, saya tidak membuat laporan polis kerana kami sama-sama kawan. Saya maafkan dia dan tidak berdendam dengannya. Lagipun dia ada anak isteri, saya tak mahu mereka tertekan.

“Kalau saya buat laporan polis, perkara itu akan jadi besar dan berpanjang­an,” katanya.

Mengulas kejadian Farid ditahan kemudian direman, Ridzuan mengaku terkejut dan berharap masyarakat tidak menjatuhka­n hukum kepada Farid.

Katanya, Farid masih muda dan dia sayangkan masa depan pelakon dan pengarah itu.

“Itu antara sebab mengapa saya tidak buat laporan polis kerana tidak mahu kejadian itu dispekulas­ikan. Nanti orang ingat saya yang cari pasal.

“Saya juga bukan jenis yang suka mengadu dengan wartawan. Selepas kejadian itu, saya malas nak fikir lagi dan terus masuk ke set penggambar­an sehinggala­h semua babak saya selesai jam 4.30 pagi,” katanya.

Entah kenapa dia terus menampar saya. Apabila saya jerit tanya kenapa dia terus lari keluar daripada premis itu dan tidak patah balik untuk mengambil keretanya”

Ridzuan Hashim

 ??  ??
 ??  ?? RIDZUAN
DIANA
RIDZUAN DIANA
 ??  ?? FARID yang menampar seorang anggota polis trafik dan menendang dua orang awam direman selama empat hari bagi membantu siasatan di Kompleks Mahkamah Petaling, semalam.
FARID yang menampar seorang anggota polis trafik dan menendang dua orang awam direman selama empat hari bagi membantu siasatan di Kompleks Mahkamah Petaling, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia