Harian Metro

DUA KORBAN TANAH RUNTUH

- Fardy Bungga dan Recqueal Raimi hmkk@hmetro.com.my

Seorang lelaki tidak menyangka tindakan anak saudara memohon maaf sambil mengalirka­n air mata ketika mereka menyambut tahun baru 2018 seakan memberi petanda pergi buat selama-lamanya.

Bandawa Sondingan, 65, berkata, anak saudaranya itu, Jaimin Bien, 46, berbuat demikian ketika keluargany­a berkumpul di rumahnya di Kampung Malangkap Tengah, dekat sini, pada malam 31 Disember lalu.

“Saya hanya menyedari kelakukan pelik Jaimin selepas mendapat tahu dia dan sepupu, Edmon James, 22, meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh, pagi tadi (semalam),” katanya.

Pada kejadian jam 9.30 kelmarin, Jaimin dan Edmon meninggal dunia selepas motosikal Honda EX5 dinaiki terjatuh dari ketinggian lebih 10 meter (m) akibat tanah runtuh di Kilometer 36 Jalan Marak Parak, Kota Marudu-Ranau, dekat sini.

Motosikal dinaiki dua lelaki itu dipercayai terhumban ke bawah bukit menyebabka­n mereka tertimbus dalam runtuhan tanah. Mayat mereka ditemui pasukan penyelamat, jam 7 pagi semalam.

Menurut Bandawa, sebelum kejadian, Jaimin dan Edmon keluar dari rumah di Kampung Surun-Surun, dekat sini, jam 9.30 malam kelmarin.

Katanya, kedua-dua lelaki itu ke pekan Kota Marudu membeli barangan dapur. Bagaimanap­uan, mereka tidak pulang sehingga pagi dan itu menimbulka­n kerisauan ahli keluarga.

“Menyedari keadaan itu, sepupu mangsa, Eddy Saimon, 21, yang bekerja sebagai pemandu bas kemudian mengambil keputusan mencari mereka.

“Ketika dalam perjalanan, Eddy mendapati ada tanah runtuh. Eddy memberitah­u dia mempunyai naluri yang kuat untuk berhenti dan memeriksa kawasan runtuhan berkenaan,” katanya.

Bandawa berkata, naluri anak saudaranya itu ternyata benar apabila terlihat motosikal sepupunya berada di bawah runtuhan tanah itu.

Beliau yang juga Ketua Kampung Malangkap Tengah berkata, Eddy terkejut apabila melihat tangan manusia di kawasan berhampira­n sebelum cuba menarik anggota

badan itu keluar dari tanah. Namun Eddy gagal berbuat demikian disebabkan timbunan tanah dan jalan tar.

“Eddy kemudian menghubung­i pihak berkuasa untuk mendapatka­n bantuan bagi mengeluark­an mangsa. “Kami sangat sedih dengan kejadian ini,” katanya.

Difahamkan, Jaimin meninggalk­an tujuh anak berusia lapan bulan sehingga 19 tahun.

Bandawa berkata, lebih menyedihka­n lagi, anak sulung Jaimien juga bakal melahirkan anak dan dia juga sudah beberapa kali menyatakan tidak sabar menyambut cucu pertama.

“Hati siapa yang tahan apabila mendapat khabar mereka sudah tiada sedangkan saya sudah lama menganggap mereka berdua seperti anak sendiri. Mereka ‘pergi’ terlalu awal,” katanya.

Sementara itu, isteri Jaimin, Mardianah Majapah, 37, yang masih terkejut dengan kejadian itu berkata, mereka akan mengebumik­an suaminya di kawasan rumah mereka di Kampung Malangkap Tengah selewat-lewatnya Isnin depan.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba melakukan operasi bagi mengeluark­an mangsa tanah runtuh di Jalan Marak Parak, Kota Marudu-Ranau, pagi semalam.
ANGGOTA bomba melakukan operasi bagi mengeluark­an mangsa tanah runtuh di Jalan Marak Parak, Kota Marudu-Ranau, pagi semalam.
 ??  ??
 ??  ?? EDMON
EDMON
 ??  ?? JAIMIN
JAIMIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia