Harian Metro

35 KENA ‘KENCING’ PELABURAN KUCING

- Siraj Mohd Zaini siraj@hmetro.com.my

35 mangsa pelaburan si bulus baka import rugi RM1.56 juta

Beli kucing baka import dan raih keuntungan apabila kucing itu melahirkan anak. Itu modus operandi skim pelaburan kucing yang ditawarkan sebuah syarikat menjual haiwan peliharaan di Seksyen 14 sejak dua tahun lalu.

Difahamkan, peminat kucing hanya perlu mengeluark­an modal serendah RM30,000 bagi baka kucing import seperti

dan untuk menyertai skim berkenaan.

Bagaimanap­un, lebih 35 mangsa membuat laporan polis membabitka­n kerugian lebih RM1.56 juta selepas tidak menerima pulangan modal dan komisen seperti dijanjikan.

Seorang mangsa yang enggan dikenali berkata, dia tertarik untuk menyertai skim itu disebabkan pulangan yang dijanjikan berlipat kali ganda daripada modal yang dikeluarka­n.

Katanya, selepas membeli kucing berkenaan, mereka boleh membawa pulang kucing itu ke rumah dan hanya perlu dibawa ke premis ketika hendak mengawan atau boleh ditinggalk­an terus di premis itu dengan caj RM7,200 setahun.

“Selepas kucing itu melahirkan anak, anak kucing akan dijual pada harga serendah RM10,000 seekor dan bagi setiap ekor yang terjual, kami akan menerima komisyen 70 peratus manakala 30 peratus lagi menjadi milik syarikat.

“Namun sejak setahun lalu, ramai antara peserta skim ini tidak menerima modal dan komisen, malah ada antara mereka mengadu kucing yang ditinggalk­an di premis itu dibiarkan tanpa penjagaan rapi dan tidak diberikan makanan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Korporat/Kewangan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Senior Asisten Komisioner S Sasikala Devi berkata, serbuan semalam dilakukan secara serentak di Shah Alam serta dua lagi lagi premis syarikat itu di Setapak, Kuala Lumpur dan Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Beliau berkata, polis menggeleda­h kedai berkenaan untuk mengambil dokumen berkaitan skim serta sijil baka kucing bagi membantu siasatan.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA polis melakukan pemeriksaa­n di kedai kucing di Seksyen 14, Shah Alam, semalam.
ANGGOTA polis melakukan pemeriksaa­n di kedai kucing di Seksyen 14, Shah Alam, semalam.
 ??  ?? SASIKALA
SASIKALA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia