Harian Metro

Tersenyum darah di dahi

 Tempoh reman Farid Kamil dilanjut sehari lagi

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

“Khabar baik, Alhamdulil­lah sihat,” demikian jawapan ringkas pelakon dan pengarah filem Datuk Farid Kamil Zahari, 37, ketika disoal mengenai keadaan kesihatann­ya di luar Kompleks Mahkamah Petaling Jaya di sini, semalam.

Terdahulu, Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Hairul Azhar Mohd Ishak mengeluark­an perintah menyambung reman sehari lagi terhadap Farid Kamil yang sebelum ini direman empat hari bagi membantu siasatan.

Khamis lalu, Farid Kamil dipercayai menampar anggota polis trafik di Kota Damansara serta menendang dua orang awam dan dia direman mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyebabka­n kecederaan, Seksyen 90 Akta Polis kerana berkelakua­n tidak senonoh, Seksyen 15 (1) (a)

Akta Dadah Berbahaya

1952 kerana penggunaan dadah dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana mengganggu tugas penjawat awam.

Ketika disoal media mengenai darah di dahinya, dia menjawab, ‘Tiada apa-apa, biasalah tu’.

Sebelum masuk ke dalam kereta peronda polis untuk dibawa ke Balai Polis Damansara, suami pelakon Datin Diana Danielle itu sempat mengucapka­n terima kasih kepada semua dan memberikan ucapan salam.

Terdahulu, Farid Kamil yang berbaju kemeja denim tiba di Aras 1, Kompleks Mahkamah Petaling Jaya jam 11.30 pagi diiringi polis.

Beliau kelihatan ceria dan tersenyum ke arah beberapa rakan dan media ketika dibawa masuk ke kamar mahkamah sebelum dibawa keluar jam 12.32 tengah hari.

Turut kelihatan adiknya, Fadzil Zahari dan dua pelakon, Azad Jazmin bersama Azhan Rani yang hadir memberikan sokongan.

Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari, Khamis lalu, pelakon terbabit dilaporkan ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan secara tiba-tiba menampar muka anggota polis yang menerima aduan itu dengan disaksikan beberapa anggota polis lain dan orang awam.

Selain mencederak­an anggota polis berusia 24 tahun itu, beliau dipercayai menendang dua orang awam di tempat sama.

Petaling Jaya: “Farid Kamil seorang yang tidak terima tawaran berlakon sekiranya ada babak buka baju,” kata pelakon Azad Jazmin ketika ditanya mengenai penahanan rakannya, Datuk Farid Kamil Zahari.

Azad, 41, ditemui di koridor berhampira­n bilik reman di Kompleks Mahkamah, di sini, semalam, untuk memberi sokongan terhadap Farid Kamil yang kini direman apabila dipercayai menampar anggota polis trafik di Kota Damansara serta menendang dua orang awam.

Menurut Azad, Farid Kamil yang dikenali sejak 15 tahun lalu berbeza dengan apa yang berlaku ketika ini.

 ??  ?? REAKSI Farid Kamil ketika disapa media di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, semalam.
REAKSI Farid Kamil ketika disapa media di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia