Harian Metro

Tudung popular tingkatan dua

- Asrizal Aris dan Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

Meskipun bukan seorang selebriti, remaja 14 tahun ini berjaya dalam bidang keusahawan­an dan semakin popular dalam kalangan pengikutny­a di Instagram apabila melancarka­n tudung sekolah jenama sendiri, dua bulan lalu.

Hanya bermula sebagai pengumpul (mainan patung lembut) dan menjualnya sedikit demi sedikit kepada rakan menjadikan Nur Iman Safiyah Mohammad Shahree semakin berminat untuk menceburi bidang perniagaan.

Nur Iman Safiyah berkata, dia mula menjual ketika berusia 11 tahun apabila ramai rakannya berminat untuk membeli mainan yang dikumpul sebelum memulakan perniagaan secara dalam talian.

“Minat berniaga itu datang dengan sendiri. Apabila ibu bapa tahu saya menjual mainan, mereka sokong tindakan saya dan membeli secara borong untuk saya berniaga.

“Selepas dua tahun aktif menjual dan ramai pengikut, saya menggunaka­n keuntungan diperoleh itu untuk dijadikan modal menjual

(selendang) pula,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, beberapa bulan kemudian, dia menjual tudung bawal dengan jenama sendiri iaitu Baluna Bawal sempena Aidiladha 2017.

Katanya, sambutan yang menggalakk­an menjadikan dia sentiasa bermotivas­i untuk mencipta inovasi baru dan bersemanga­t mengembang­kan perniagaan­nya.

“Saya menjadi seronok berniaga sehingga dapat melancarka­n satu lagi produk baru iaitu Tudung Sekolah Iman Safiyah (TSIS), November lalu.

“Alhamdulil­lah, 500 helai terjual pada November lalu dan kemudian lebih 1,000 TSIS mendapat tempahan bulan berikutnya,” katanya yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Bestari.

Menurutnya, kini setiap hari dia menerima tempahan hingga tidak menang tangan menyebabka­n semua adik-beradik dan ibu bapa membantuny­a untuk menerima tempahan, pembungkus­an dan penghantar­an.

Kata anak kepada pasangan akauntan dan pegawai bank ini, berniaga dalam talian sangat mencabar kerana terpaksa melayan kerenah pelanggan hingga lewat malam dan mahu produk sampai ke tangan dengan segera.

Nur Iman Safiyah berkata, setakat ini perniagaan­nya diuruskan dirinya sendiri di rumah namun belum terdetik mahu melantik agen atau membuka cawangan sendiri.

“Saya masih baru dalam bidang ini. Sekarang ini, saya hanya beli kain sendiri yang berkualiti, hantar pada tukang jahit dan buatkan tudung seperti yang saya reka sendiri.

“Insya-Allah perancanga­n jangka masa pendek saya mahu reka tudung sekolah labuh untuk yang bersekolah agama dan tudung sekolah bercorak serta berwarna,” katanya.

Menurut pelajar tingkatan dua itu dia memasang impian menjadi usahawan berjaya dan terkenal selain mempunyai bangunan syarikat sendiri pada satu masa nanti.

Sejak minggu lalu, Nur Iman yang mempunyai lebih 288,000 pengikut di Instagram tular di laman sosial kerana menjadi usahawan berjaya pada usia yang begitu muda.

 Pelajar lancar produk jenama sendiri dua bulan lalu tak cukup tangan melayan

 ?? Nur Iman Safiyah ?? Saya masih baru dalam bidang ini. Sekarang ini, saya hanya beli kain sendiri yang berkualiti, hantar pada tukang jahit dan buatkan tudung seperti yang saya reka sendiri” NUR Iman Safiyah menggayaka­n tudung sekolah jenama sendiri TSIS.
Nur Iman Safiyah Saya masih baru dalam bidang ini. Sekarang ini, saya hanya beli kain sendiri yang berkualiti, hantar pada tukang jahit dan buatkan tudung seperti yang saya reka sendiri” NUR Iman Safiyah menggayaka­n tudung sekolah jenama sendiri TSIS.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia