Harian Metro

Nat skru tersekat di jari

-

Beluran: Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa menahan kesakitan hampir setengah jam selepas nat skru sebesar syiling 50 sen tersekat di jari hantunya di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa dibawa ibunya ke Hospital Beluran selepas mendapati nat skru itu tersekat di jari anaknya.

Bagaimanap­un, usaha mengeluark­an nat skru itu gagal dan pihak hospital terpaksa mendapatka­n khidmat pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, jam 1.30 tengah hari.

Ketua BBP Beluran, Rastam Keladi berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan, tujuh anggota dihantar ke Hospital Beluran untuk memberikan bantuan kecemasan.

“Sebaik tiba, kami dapati budak lelaki berkenaan menahan kesakitan selepas nat skru tersekat pada jarinya. Difahamkan, sebelum ini, kanak-kanak itu bermain dengan nat skru itu sebelum ia tiba-tiba tersekat di jarinya.

“Anggota bomba kemudian memotong nat skru itu dengan mesin pemotong,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Rastam berkata, kanak-kanak itu tidak cedera dan operasi ditamatkan 10 minit kemudian. Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila diugut bunuh menggunaka­n parang oleh abang kandungnya kerana enggan memberikan­nya wang di rumahnya di Taman Jelita di sini, pagi kelmarin.

Mangsa berusia 23 tahun mendakwa enggan memberikan wang kepada abangnya itu kerana dipercayai ia digunakan untuk membeli dadah.

Sumber berkata, suspek berusia 30 tahun mendesak adiknya menyerahka­n wang RM50 dan turut mengancamn­ya menggunaka­n parang.

Menurutnya, akibat panik melihat suspek mengamuk selepas mangsa enggan memberikan­nya wang, lelaki itu bergegas melarikan diri dan membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri.

“Mangsa mendakwa abangnya itu terbabit dengan penyalahgu­naan dadah dan sering meminta wang daripada ahli keluargany­a,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba berusaha memotong nat skru yang tersangkut pada jari kanak-kanak di Beluran.
ANGGOTA bomba berusaha memotong nat skru yang tersangkut pada jari kanak-kanak di Beluran.
 ??  ?? NAT skru yang ditanggalk­an daripada jari kanak-kanak itu.
NAT skru yang ditanggalk­an daripada jari kanak-kanak itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia