Harian Metro

Tangguh sita UiTM empat hari

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

Mahkamah Tinggi di sini, semalam menangguhk­an tindakan sita terhadap Universiti Teknologi MARA (UiTM) selama empat hari selepas institusi pendidikan tinggi itu membayar kos berjumlah RM8,000 kepada plaintif.

Peguam plaintif iaitu Mutiara Gemilang Engineerin­g Sdn Bhd, Nur Aliah Selamat berkata, ia adalah jumlah penghakima­n bertarikh 2 Ogos dan 20 November tahun lalu yang perlu dibayar UiTM kepada syarikat itu.

“Kami sudah meminta pihak peguam cara UiTM (defendan) memberikan jumlah RM8,000 kepada syarikat seawal November 2017 namun tidak dibayar.

“Oleh itu, kami memfailkan penyitaan yang sepatutnya ditetapkan hari ini (semalam). Namun, pada jam 9.10 pagi, kami menerima satu cek penyelesai­an daripada peguam cara UiTM untuk jumlah RM8,000 itu,” katanya pada sidang media di lobi mahkamah.

Menurutnya, tarikh sitaan dilanjutka­n selama empat hari dan mahkamah akan menetapkan tarikh baru.

“Namun berikutan defendan membayarny­a dengan menggunaka­n cek, kami perlu menunggu sehingga cek itu ditunaikan,” katanya.

Pada 20 April tahun lalu, UiTM menerima tuntutan saman berjumlah RM40.8 juta daripada syarikat kejurutera­an tempatan itu akibat perlanggar­an kontrak pembayaran membabitka­n projek membekal, menghantar, memasang, menguji guna dan mentauliah­kan keseluruha­n mesin dan peralatan bagi semua kursus di kampus UiTM Puncak Alam.

Tindakan sita terhadap UiTM itu dibuat selepas ia tidak membayar kos RM8,000 kepada syarikat berkenaan.

Perintah pembayaran itu ekoran kegagalan UiTM membatalka­n permohonan saman oleh Mutiara Gemilang Engineerin­g serta menggantun­g prosiding mahkamah.

Ekoran kegagalan itu, Mutiara Gemilang Engineerin­g memfailkan prosiding sita dan jual terhadap sebarang barangan UiTM untuk tujuan melunaskan kos tertunggak terbabit.

Dalam pada itu, apabila ditanya sama ada pembayaran berkenaan bagi menyelesai­kan tuntutan antara Mutiara Gemilang dan UiTM, Nur Aliah berkata, ia bukan penyelesai­an secara keseluruha­n kerana RM8,000 hanya jumlah penghakima­n.

“Tindakan sita itu pula hanya boleh dikatakan selesai bergantung kepada sama ada cek yang dibayar defendan boleh ditunaikan atau sebaliknya,” katanya.

Berikutan defendan membayarny­a dengan menggunaka­n cek, kami perlu menunggu sehingga cek itu ditunaikan”

Nur Aliah Selama

 ??  ?? PEGUAM bela Mutiara Gemilang, Nur Aliah (kiri) ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.
PEGUAM bela Mutiara Gemilang, Nur Aliah (kiri) ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia