Harian Metro

Perluas produk digital NSTP ke Sarawak Luluh lihat jasad kaku

- Iskandar Shah Mohamed dan Ayusliza Azizan am@hmetro.com.my

Petra Jaya: Pengurusan tertinggi Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg dalam kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Kunjungan jam 12.30 tengah hari itu diketuai Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid diiringi Ketua Pegawai Komersial NSTP Alfian Abu Talib, Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Yushaimi Yahaya, Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Labs dan Operasi, Nicholas Sagau dan Pengurus Besar Pelaksanaa­n Jualan NSTP, Zulkarnain Abdul Talib.

Pertemuan yang berlangsun­g hampir sejam itu bertujuan merapatkan hubungan dua hala antara NSTP dan pentadbira­n kerajaan negeri.

Dalam pertemuan berkenaan, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai isu semasa, termasuk transforma­si digital yang menjadi agenda utama pembanguna­n kerajaan negeri di bawah pentadbira­n Abang Johari.

Abdul Jalil turut menyuaraka­n komitmen NSTP untuk memperluas­kan produk berasaskan digital ke negeri ini, terutama melalui platform media sosial, laman sesawang dan e-paper.

Selain memperluas­kan edaran produk digital NSTP di Sarawak, Abdul Jalil juga menjelaska­n mengenai usaha NSTP mengembang­kan sistem pembelajar­an secara dalam talian yang diterbitka­n NSTP, selain bercadang menjalin kerjasama antara kerajaan negeri dan Media Prima Labs dalam pembanguna­n inovasi digital di negeri ini.

“Pada mulanya, saya sangka panggilan dibuat polis serta orang awam itu palsu, tetapi selepas tiba di Hospital Shah Alam, luluh hati saya apabila melihat tubuh arwah. Rupa-rupanya dia sudah pergi meninggalk­an kami selamanya,” kata Norhisham Jailani, 47.

Semalam, anaknya, Norsya’Baniah, 22, bersama sahabatnya, Muhammad Azki Dahlan Jamit, 21, meninggal dunia selepas Perodua Kancil dinaiki hilang kawalan sebelum melanggar tembok Plaza Tol Batu Tiga di sini.

Kejadian jam 6.36 pagi itu turut mengakibat­kan pemandunya, Muhammad Azri Dahalan Jamit, 23, yang juga abang Muhammad Azki parah di badan.

Difahamkan, Norsya’Baniah yang juga penuntut Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz (PSA) Shah Alam dalam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk menghadiri kuliah waktu pagi.

Menurut

Norhisham,

 Dua pelajar maut, satu parah kereta langgar tembok plaza tol

kali terakhir dia bertemu anak sulung daripada tiga beradik itu ialah ketika menghantar­nya ke Stesen Komuter di Seremban, Negeri Sembilan, jam 4 petang kelmarin.

“Sejurus menerima berita kematian anak jam 12 tengah hari tadi (semalam), kami sekeluarga bergegas ke hospital bagi mendapatka­n kepastian.

“Ternyata Allah SWT lebih menyayangi­nya dan kami reda dengan apa yang berlaku,” katanya di Hospital Shah Alam.

Ibu mangsa, Sohaini Md Sari, 45, berkata, mereka sekeluarga sempat menghabisk­an cuti hujung minggu di Air Terjun Jeramtoi, Jelebu, Sabtu lalu.

“Ketika itu dia kelihatan tidak sihat, demam dan tiada selera makan.

“Tiada perubahan ketara kecuali dia enggan makan kerana tidak berselera walaupun dipelawa berkali-kali,” katanya.

Jenazah Norsya’Baniah dijangka dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teluk, Port Dickson.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, siasatan mendapati, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala Klang.

“Rempuhan menyebabka­n dua penumpang maut di lokasi akibat tersepit selain parah di badan.

“Kami meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian dan mengesan saksi bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? SOHAINI (kanan) tidak dapat menahan sebak di sisi jenazah anaknya Norsya'Baniah.
SOHAINI (kanan) tidak dapat menahan sebak di sisi jenazah anaknya Norsya'Baniah.
 ??  ??
 ??  ?? ABANG Johari (dua dari kanan) menerima cenderahat­i daripada Abdul Jalil (dua dari kiri) diiringi Alfian (kiri) dan Yushaimi di Wisma Bapa Malaysia, semalam.
ABANG Johari (dua dari kanan) menerima cenderahat­i daripada Abdul Jalil (dua dari kiri) diiringi Alfian (kiri) dan Yushaimi di Wisma Bapa Malaysia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia