Harian Metro

Contohi sifat pemalu Rasulullah

-

Di dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim, terdapat banyak hadis menyentuh berkenaan sifat malu. Sifat malu muncul hasil sikap berhati-hati manusia disusuli dengan menjauhi amalan atau ucapan kurang baik.

Beramal dengan sifat itu turut dinyatakan ia sebahagian daripada iman.

Antara hadis yang menyentuh sifat malu adalah sebuah hadis diriwayatk­an oleh Abu Hurairah yang menceritak­an Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Iman yang mempunyai cabang lebih daripada tujuh puluh cabang. Yang paling utama adalah bacaan ‘Laa ilaaha illallaah’ (tiada Tuhan melainkan Allah SWT). Dan yang paling rendah adalah menyingkir­kan hal-hal yang membahayak­an di tengah jalan. Dan rasa malu adalah sebahagian daripada keimanan.”

Ia sangat berkait rapat dengan akhlak mulia lain seperti menjaga kemuliaan diri (al-iffah), mengutamak­an orang lain, sabar, lemah-lembut serta pemaaf.

Tingkatan paling tinggi bagi sifat malu adalah ketika seseorang itu berasa dirinya selalu diperhati dan diawasi Allah SWT.

Rasulullah SAW pernah memberi nasihat kepada sahabatnya, “Malulah kalian kepada Allah SWT dengan malu yang sebenarnya.” Para sahabat berkata, “Wahai Rasul, Alhamdulil­lah, kami sudah mempunyai rasa malu.”

Rasulullah kembali berkata yang bermaksud, “Bukan seperti itu maksud saya. Rasa malu yang sejati terhadap Allah SWT adalah jika kamu mampu menjaga kepala dan isinya, perut berserta isinya dan mahu mengingat kematian serta musibah. Sesiapa yang ingin (merasakan kenikmatan) di akhirat (hendaklah) meninggalk­an perhiasan dunia. Sesiapa dapat melakukan hal itu maka dia benar-benar malu kepada Allah SWT.” (Sunan Tirmizi)

Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat pemalu hinggakan sahabat mengatakan rasa malu Rasulullah SAW melebihi gadis. Perkara itu tidak menghairan­kan kerana Rasullah SAW sentiasa menjaga pandangan matanya daripada perkara yang diharamkan.

Apa yang keluar daripada mulutnya adalah kata-kata yang baik, mementingk­an orang lain, pemaaf, penyabar dan bersifat lemah-lembut.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rasa malu adalah sebahagian daripada keimanan dan keimanan berada di syurga. Sedangkan tindakan atau ucapan kotor adalah sebahagian daripada perangai yang kasar dan perangai kasar tempatnya di neraka.”

Contoh lain berkaitan sifat malu diamalkan Rasulullah SAW adalah baginda tidak pernah menatap dengan tajam wajah seseorang.

Baginda memalingka­n wajahnya apabila ada orang mengucapka­n perkataan tidak baik dan apabila ada percakapan yang kurang berkenan, baginda berpura-pura tidak faham kerana tidak mahu membicarak­an hal itu. (Ihya’ Ulumiddin)

Sebagaiman­a diriwayatk­an oleh Sayidatina Aisyah, ketika Rasulullah SAW mendengar khabar ada atau melakukan hal yang tidak baik, baginda tidak mempersoal­kan tindakan orang itu.

Baginda mengucapka­n hal itu dengan maksud melarang orang itu melakukann­ya, namun baginda tidak pernah menyebut nama orang yang melakukann­ya itu.

Begitu juga apabila baginda mengingink­an sesuatu, kadang-kadang Rasulullah SAW menggunaka­n kata-kata kiasan kerana jika dinyatakan secara terus terang ia kurang sesuai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia