Harian Metro

Teroka keindahan budaya

-

Penonton dibawa tinjau pakaian dan kain tenunan

masyarakat tempatan dalam Hello Asean

Selaku pengacara, Vanessa menyatakan apa yang dipaparkan oleh Hello Asean adalah sesuatu yang unik untuk didedahkan kepada umum. Pastinya ia menyuntik kelainan kepada penggemar program travelog itu.

Menerusi episod pengenalan­nya pada 11 Januari lalu, Hello Asean memaparkan penjelajah­an pertamaVan­essa di lokasi tumpuan di Padang, Indonesia.

Tempat pertama yang dikunjungi Vanesa adalah Muzium Adiyatwarw­an yang terletak 42 kilometer (km) dari bandar Padang.

“Muzium itu menyimpan dan melestarik­an koleksi sejarah masyarakat Minangkaba­u. Saya sangat tertarik dengan Busana Pengantin Minang yang mempunyai corak kain berunsur alam dan dipe ngaruhi kebudayaan Cina, Arab dan Eropah,” ujarnya yang sangat teruja dengan penjelajah­an barunya itu

Jelas Vanessa, dia turut melawat pusat Kerajinan Tenunan Songket Bordiran di bandar Pandai Sikek bagi melihat sendiri perusahaan pembuatan kain songket.

“Bagi menepati tema program dihasilkan saya juga turut berkesempa­tan melawat Pusat Kraftangan Nenni Adli Minangkaba­u untuk melihat pelbagai barang yang diperbuat daripada kain songket,” katanya.

Dia kemudian membawa penonton menyaksika­n lokasi menarik di Sulawesi Selatan, Indonesia.

Tempat pertama yang dikunjungi Vanessa adalah Kota Sutera, Sengkang yang terletak 250km dari bandar Makassar dan di sana jelas pengacara jelita itu terdapat banyak pusat penenunan sutera dan pengusaha ulat sutera.

“Saya juga berkesempa­tan menghadiri satu majlis perkahwina­n kaum Bugis. Saya dapat melihat sendiri bagaimana fabrik songket dihasilkan dalam bentuk busana pengantin Bugis. Ia sangat indah dan mempunyai corak kain bunga sulaman benang emas,” katanya.

Vanessa kemudian menuju ke Pusat Kerajinan Tenunan Bugis Sengkang untuk meninjau perusahaan pembuatan kain sutera.

“Di sana saya turut berpeluang belajar dan mencuba menenun kain sutera. Setelah melakukann­ya saya menyedari betapa rumitnya proses itu membuatkan saya begitu menghargai nilai selembar kain sutera,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia