Harian Metro

Banyak perkara perlu dipelajari

- DARI MUKA R23

Menurut Redza, dia sendiri lebih selesa sekiranya namanya dipandang berdasarka­n bakat dan hasil kerja dalam bidang lakonan.

Berbicara mengenai kerjaya seni, pelakon yang kerap menghiasi kaca TV menerusi drama dan telefilem ini ada menerima beberapa tawaran berlakon filem, namun belum bersedia.

“Saya tahu kemampuan saya dan banyak lagi selok-belok lakonan yang perlu dipelajari,” katanya.

Ditanya sama ada dia meletakkan sasaran bila akan beraksi untuk filem, Redza mengakui selesa bergelar pelakon drama dan telefilem.

“Saya sendiri tak boleh beritahu berapa lama lagi akan berlakon dalam drama dan telefilem dan bila akan bersedia untuk filem.

“Yang pasti, kini fokus saya memang kepada drama. Kalau ada peminat atau pembikin filem yang benar-benar mahukan saya turut terbabit dalam filem, saya akan pertimbang­kan,” katanya.

Masih menguruska­n kerjayanya sendiri sejak empat tahun lalu, Redza juga selesa bergerak tanpa pengurusan.

“Ada kalanya, saya sendiri tak sempat menjawab panggilan

Redza belum pasti bila akan terima tawaran berlakon filem

telefon memandangk­an jadual kerja yang tidak seperti orang lain.

“Buat masa sekarang, saya selesa menguruska­n kerjaya sendiri. Saya memang tak suka menyusahka­n orang,” katanya.

Menurutnya, dia sendiri tidak ‘tergamak’ untuk membawa rakan ke lokasi penggambar­an dan menemaniny­a.

“Tempoh berada di set penggambar­an bukanlah singkat. Saya tak pernah membawa rakan untuk menemani di set.

“Rasa kasihan pula kalau mereka perlu menunggu lama. Walaupun yang dibawa itu adalah pembantu peribadi yang dibayar, saya tetap akan rasa tak tergamak kerana mudah kasihankan orang,” katanya.

Namun, Redza tak menafikan sekiranya ada calon yang sesuai, dia akan cuba meneliti kesesuaian untuk diambil sebagai pengurus.

Terbaru, Redza kini menjalani penggambar­an drama bersiri 30 episod, Isteri Untuk Diiktiraf.

“Isteri Untuk Diiktiraf akan ditayangka­n di RTM pada Ramadan nanti. Antara pelakon lain yang terbabit adalah Sheila Rusly, Elvina Mohamad dan Arash Mohamad.

“Dalam drama ini, saya memegang peranan sebagai Tengku Wildan. Ia adalah watak yang sangat mencabar dan penuh dengan ego,” katanya.

Redza sentiasa mengharapk­an supaya dia diberi peluang membawakan watak yang boleh meninggalk­an kesan.

“Bukan saja akan meninggalk­an kesan kepada penonton, tetapi diri saya sendiri. Selain itu, saya idamkan karya yang bersifat positif di samping mampu mencabar kemampuan sebagai pelakon,” katanya. -Syafil Syazwan Jefri

 ??  ?? Buat masa sekarang, saya selesa menguruska­n kerjaya sendiri. Saya memang tak suka menyusahka­n orang
Buat masa sekarang, saya selesa menguruska­n kerjaya sendiri. Saya memang tak suka menyusahka­n orang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia