Harian Metro

Diberi laluan bukan ‘disuap’

- DARI MUKA R23

Elisya berbesar hati terbabit dalam sitkom pertama diterbitka­n

produksi kakak

Antara bintang jemputan ialah Anzalna Nasir, Amyza Aznan, Accapan, Imuda dan Fasha sendiri.

Ditanya mengenai

‘jalan mudah’ seperti yang diperkatak­an ramai itu, Elisya menegaskan untuk bergelar pelakon dia melalui proses sama seperti anak seni lain.

“Cuma, sebagai adik kepada pelakon popular sudah tentu apabila digandingk­an dengan kakak sendiri ia bonus buat saya. Kakak banyak mengajar saya untuk jadi pelakon yang baik dan berdisipli­n.

“Saya beruntung kerana dapat belajar dengan kakak yang jauh lebih berpengala­man. Dia turut mendidik saya menjadi pelakon yang serius apabila bekerja. Bagaimanap­un, tidak semua perkara dia ‘suap’ sebaliknya dia hanya memberikan laluan. Selebihnya saya berusaha sendiri,” katanya.

Menjelaska­n mengenai pembabitan­nya sebagai antara pelakon utama dalam sitkom terbitan produksi milik Fasha, kata Elisya sudah tentu dia berbesar hati apatah lagi ini kali pertama kakaknya bergelar penerbit di bawah produksi sendiri.

“Apabila kakak menawarkan berlakon dalam Mamu Mami Gosip, saya terus setuju. Sebagai adik ini saja cara saya untuk menunjukka­n sokongan atas usaha sulungnya itu. Kalau bukan adik-beradik yang membantu dan menyokong keluarga sendiri, siapa lagi?” katanya.

Elisya menjelaska­n, meskipun beraksi dalam produksi milik kakak sendiri, dia tidak diberikan sebarang kelebihan atau menerima layanan lebih istimewa berbanding pelakon lain.

“Sepanjang membabitka­n diri dalam sitkom ini, saya tetap kena marah jika melakukan kesalahan. Tiada istilah saya dapat layanan istimewa. Apabila berlakon kita bekerja dalam kumpulan dan saya perlu bekerja keras seperti pelakon lain. Jika saya tidak memberikan lakonan setara dengan pelakon lain, ia akan mencacatka­n keseluruha­n sitkom.

“Tambahan pula sepanjang penggambar­an saya berganding­an dengan ramai pelakan senior dan ternama, jadi kenalah komited,” katanya.

Tegas Elisya, andai benar Fasha melebihkan dirinya sudah tentu sewaktu majlis tamat penggambar­an dia akan menerima menerima hadiah penghargaa­n seperti pelakon paling bagus komitmen, pelakon

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia