Harian Metro

Dayang Areeda tak kisah dibenci

-

Pertama kali lakon watak antagonis menerusi drama Kekasih Paksa Rela

drama bersiri itu mendapat perhatian ramai.

“Alhamdulil­ah, selepas sekian lama, akhirnya bakat lakonan mula membuka mata ramai.

“Saya juga berharap dikenali peminat menerusi watak dalam lakonan sebelum ini.

“Watak Shiqin agak mencabar kerana kali pertama saya melakonkan watak antagonis dalam drama.

“Saya perlu berdialog dengan betul ketika babak marah dan bermain dengan ekspresi muka untuk menjiwai karakter Shiqin seperti dikehendak­i skripnya,” katanya.

Mengenai gandingan dengan Remy pula, kata Dayang Areeda, pada mulanya dia berasa gementar berlakon dengan pelakon hebat itu.

“Remy juga tidak lokek ilmu dan dia banyak membantu saya menjiwai watak Shiqin dengan baik.

“Saya juga tidak kisah dibenci penonton menerusi watak dalam lakonan.

“Pada masa sama, saya juga tidak ada masalah bekerja dengan pengarah, Idora kerana pernah bekerja dengannya sebelum

ini,” katanya.

IMPI WATAK LASAK

Sebagai pelakon, Dayang Areeda yang mengagumi pelakon hebat Nabila Huda juga berhasrat mengukuhka­n nama dalam bidang lakonan.

“Saya berlakon kerana minat dan merancang kembangkan bakat lakonan sedia ada.

“Saya juga impi untuk berlakon dalam cerita aksi dan lasak sekali gus mencabar tahap lakonan,” katanya.

Terbaru, kata Dayang Areeda, dia terbabit dalam drama Oh My Prince terbitan A.Aida Production.

“Ia kali pertama saya melakonkan watak utama dalam drama.

“Selain itu, saya juga berlakon watak utama dalam telefilem Bakal Suami Akan Datang di saluran Hyptv dan Telefilem Tiket Cinta,” katanya.

Ditanya projek filem pula, kata Dayang Areeda, dia masih menanti tawaran yang sesuai lagi.

“Saya pernah berlakon watak pembantu dalam dua filem iaitu Kolestrol VS Cinta dan Volkswagen Kuning sebelum ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Saya perlu berdialog dengan betul ketika babak marah dan bermain dengan ekspresi muka untuk menjiwai karakter
Shiqin seperti dikehendak­i skripnya
Saya perlu berdialog dengan betul ketika babak marah dan bermain dengan ekspresi muka untuk menjiwai karakter Shiqin seperti dikehendak­i skripnya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia