Harian Metro

Lawan rasa gayat

-

DARI MUKA N31

Sehingga hari ini, terdapat 10 pusat latihan memanjat tembok tiruan di seluruh Malaysia. Taman Cabaran Putrajaya (PCP), Putrajaya pula adalah pusat latihan memanjat tembok terbesar di Malaysia dengan keluasan keluasan 195 meter persegi (2,100 kaki persegi) dan dilengkapi pelbagai tahap kesukaran pendakian.

PCP juga mempunyai tembok berketingg­ian sehingga 20 meter atau bersamaan bangunan lima tingkat yang membolehka­n pendaki melakukan pelbagai disiplin atau cabaran laluan untuk memanjat.

Sering menjadi lokasi pertanding­an cabaran mendaki tembok di peringkat nasional dan antarabang­sa setiap tahun, PCP turut menghimpun­kan atlet sukan memanjat tembok sedunia untuk menguji penguasaan teknikal memanjat masingmasi­ng.

Dari segi bayaran masuk yang dikenakan di PCP juga berpatutan kerana orang ramai hanya perlu membayar RM6 saja dan bagi pelajar caj kemasukan hanya RM3 seorang.

Bagi aktiviti memanjat tembok terdapat beberapa keperluan asas iaitu kasut khas untuk mendaki, abahabah, tali dinamik dan serbuk kapur.

Malah, beberapa aktiviti yang biasa dilakukan pendaki iaitu pertama, ‘bouldering’ apabila pendaki akan menguji tahap kemampuan mereka untuk memegang pelbagai jenis batu yang terdapat pada tembok tiruan berketingg­ian tidak lebih lima meter.

Aktiviti ini tidak memerlukan pendaki menggunaka­n tali dan tilam disediakan untuk keselamata­n sekiranya terjatuh.

Kedua, ‘top rope’ iaitu pendaki akan mendaki tembok mengikut laluan ditetapkan, tali untuk mendaki sedia dipasang hingga ke atas selain penyeliaan pengawal tali mendaki (belayer) di bawah membantu pendaki ketika mendaki atau turun dengan selamat.

Ketiga ‘lead climbing,’ iaitu pendaki akan membawa tali ketika mendaki dengan bantuan pengawal tali di bawah (belayer). Pada peringkat ini, pendaki perlu memasukkan tali yang dibawa ke dalam ‘quickdraw’ yang sudah dipasang pada tembok tiruan.

Hakikatnya, aktiviti memanjat tembok ini antara tarikan kehadiran pelancong ke Malaysia kerana hasil tinjauan penulis sendiri di beberapa laman web pelanconga­n mendapati, ramai pelancong asing memuji kemudahan aktiviti memanjat tembok di Malaysia.

Di samping itu, pendaki bukan hanya perlu melawan rasa gayat, malah mengenal pasti bentuk batu tiruan yang dipasang kerana mempunyai nama tertentu seperti crimper, jug, slopper, edge dan pinch.

Biasanya dalam kalangan pendaki tembok baru, mereka juga diperkenal­kan dengan laluan tertentu untuk mendaki mengikut warna batu yang sudah siap dipasang. Di sinilah pendaki perlu mempunyai kemahiran untuk mendaki.

Syarikat penyedia perkhidmat­an mendaki, Crossmove Adventure melihat aktiviti mendaki tembok tiruan ketika ini semakin mendapat sambutan orang ramai

 ??  ?? AKTIVITI ‘bouldering’ boleh dilakukan di PCP. PENDAKIAN tembok tiruan turut mendapat perhatian wanita.
AKTIVITI ‘bouldering’ boleh dilakukan di PCP. PENDAKIAN tembok tiruan turut mendapat perhatian wanita.
 ??  ?? PENDAKI melakukan aktiviti ‘lead climbing’.
PENDAKI melakukan aktiviti ‘lead climbing’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia