Harian Metro

Bersiap untuk ke Sukan Olimpik

-

membina stamina dan strategi.

Menurut Muhammad Taqiuddin, antara perkara menarik berkenaan sukan memanjat tembok ialah latihannya yang boleh dilakukan seorang diri sekali gus dapat membina keyakinan dan stamina diri.

“Di Malaysia terdapat banyak kemudahan aktiviti memanjat tembok dan saya sering ke Taman Cabaran Putrajaya (PCP) untuk menjalani latihan dan ramai komuniti pendaki tembok terutama yang sebaya dengan saya menjadikan­nya sebagai aktiviti serius. Saya juga mendapat tajaan Bolder Ventures untuk terus giat dalam aktiviti ini.

“Malah di Malaysia, kita mempunyai jurulatih yang berpengala­man dalam sukan ini dan mereka sentiasa menyokong atlet untuk terus memajukan diri serta mengharumk­an nama negara di peringkat dunia,” kata anak keempat daripada empat adik-beradik itu.

Memandangk­an aktif menyertai kejohanan memanjat tembok di peringkat antarabang­sa, Muhammad Taqiuddin turut mempromosi­kan kemudahan memanjat tembok yang terdapat di Malaysia kepada atlet luar.

Katanya, Malaysia mempunyai banyak kemudahan memanjat tembok dan sesuai untuk atlet sepertinya menjalanka­n latihan bagi mempersiap­kan diri menyertai pelbagai kejohanan luar negara.

“Bagi saya, Malaysia mempunyai kemudahan mendaki tembok yang mudah untuk dikunjungi orang ramai. Namun, kita perlu mempelbaga­ikan lagi kemudahan sedia ada seperti menyediaka­n batu yang sering digunakan dalam sesuatu kejohanan di peringkat antarabang­sa.

“Kemudahan yang sentiasa dinaik taraf penting bagi kami untuk sesi latihan dan juga memberi peluang kepada Malaysia untuk menjadi lokasi atlet asing menjalanka­n latihan mereka di sini. Ia sekali gus dapat memperkemb­angkan komuniti pendaki tembok di Malaysia,” katanya.

Muhammad Taqiuddin berkata, komuniti pendaki tembok di Malaysia juga ramai dan dia berharap lebih banyak pertanding­an dalam sukan itu dapat diadakan di negara ini kerana ia salah satu aktiviti yang dapat menarik minat orang ramai menyertain­ya.

Katanya, komuniti pendaki tembok di Malaysia juga sentiasa menyokong antara satu sama lain termasuk mengadakan sesi latihan dan berkongsi pengalaman serta kemahiran masing-masing.

“Jika sesuatu kejohanan pendakian tembok diadakan di Malaysia, saya lebih bersemanga­t kerana ramai komuniti pendaki yang sentiasa menyokong.

“Sebenarnya ada juga kejohanan mendaki tembok terbuka yang membolehka­n peserta dari luar negara menyertai kejohanan ini di Malaysia dan saya berharap lebih banyak pihak pihak dapat menganjurk­an pertanding­an seperti ini di dalam negara,” katanya.

 ??  ?? KESTABILAN badan memainkan peranan penting dalam aktiviti mendaki tembok.
KESTABILAN badan memainkan peranan penting dalam aktiviti mendaki tembok.
 ??  ?? MUHAMMAD Taqiuddin meraih pelbagai kemenangan dalam kejohanan pendakian tembok di peringkat antarabang­sa.
MUHAMMAD Taqiuddin meraih pelbagai kemenangan dalam kejohanan pendakian tembok di peringkat antarabang­sa.
 ??  ?? TEKNIK mendaki
memainkan peranan penting dalam kejohanan yang disertai Muhammad
Taqiuddin.
TEKNIK mendaki memainkan peranan penting dalam kejohanan yang disertai Muhammad Taqiuddin.
 ??  ?? KEJAYAAN Muhammad Taqiuddin mendapat tempat ketiga dalam NTU-Pumpfest 2017 di Singapura.
KEJAYAAN Muhammad Taqiuddin mendapat tempat ketiga dalam NTU-Pumpfest 2017 di Singapura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia