Harian Metro

UJIAN POTENSI PENYAKIT ALZHEIMER

- Nor Hanisah Kamaruzama­n

Genius! Itu perkataan yang sesuai menggambar­kan anak muda kelahiran Chennai, India ini.

Meminati bidang sains perubatan dan gemar bereksperi­men, Krtin Kanna Nithiyanan­dam, 19, menjadi tumpuan dunia kerana berjaya mencipta pelbagai inovasi dalam bidang itu.

Ketika berusia 16 tahun, Krtin memperkena­lkan ujian potensi untuk penyakit Alzheimer.

Menariknya, ujian yang diperkenal­kan Krtin membolehka­n penyakit itu didiagnos 10 tahun sebelum gejala pertama muncul.

Inovasi yang berjaya menerima anugerah Scientific American Innovator di Google Science Fair 2015 itu bukan saja dapat mengesan tanda awal penyakit Alzheimer tapi pada masa sama mampu menghalang­nya daripada terus berkembang.

Secara konvension­al, penyakit Alzheimer mampu dikesan menerusi satu siri ujian kognitif atau melihat bahagian otak selepas kematian.

Inovasi Krtin membangunk­an antibodi diberi nama ‘trojan horse’ mampu menembusi otak dan melekat pada protein neurotoksi­k yang muncul pada tahap pertama penyakit berkenaan.

Antibodi yang boleh disuntik ke dalam saluran darah itu turut melekat pada zarah pendafluor dan boleh dilihat menerusi imbasan otak.

Menurut Krtin, ujian pengesanan awal yang dibangunka­nnya itu dapat membantu ahli keluarga pesakit bersedia untuk masa hadapan dan memastikan ubat sedia ada diambil bagi memperoleh kesan lebih baik.

“Selain itu, ujian yang saya perkenalka­n ini turut mampu memaparkan imej penyakit Alzheimer menerusi kaedah yang tidak menyakitka­n atau tanpa memasukkan alatan ke dalam badan pesakit.

“Ia dapat dilakukan kerana kewujudan zarah nano pendarfluo­r berkonjuga­t,” kata anak muda yang menetap di Surrey, England, United Kingdom ini.

Menariknya, Krtin memulakan usaha inovasi berkenaan selepas pinggulnya patah kerana bermain skuasy.

Kurang bergerak dan banyak meluangkan masa di rumah, Krtin turut meminta bantuan daripada pelbagai universiti.

Walaupun sering ditolak dan mengalami sedikit kesukaran pada awalnya, remaja ini berjaya menyiapkan projek ujian pengesanan penyakit Alzheimer itu selepas penyelidik dari University of Surrey menghulurk­an bantuan.

Menurut Krtin, dia memilih penyakit Alzheimer untuk menonjolka­n kepakaran dalam bidang sains perubatan kerana terpesona dengan neurosains dan cara otak bekerja.

“Penyakit Alzheimer mencatatka­n jumlah kematian lebih tinggi berbanding gabungan jumlah kematian bagi kanser prostat dan payudara. Penyakit ini juga dilihat sebagai cabaran perubatan pada abad ke-21.

“Saya memahami kesan buruk dan negatif penyakit ini dan bagaimana ia mempengaru­hi kehidupan seharian. Tiada siapa patut hidup dalam penyakit yang ‘melumpuhka­n’ ini,” katanya.

Mengalami masalah pendengara­n sejak kecil, Krtin sudah merancang dari awal untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan selepas tamat persekolah­an.

Selain ujian pengesanan awal penyakit Alzheimer, Krtin turut memperkena­lkan pelbagai inovasi perubatan lain antaranya menjadikan kanser payudara yang sukar dirawat lebih mudah menerima ubat-ubatan biasa.

Menurut Krtin, kanser mempunyai reseptor dengan permukaan yang mampu terlekat dengan ubatan namun ‘triplenega­tive’ kanser tidak mempunyai reseptor menjadikan ia sukar diubati.

Ciptaan yang memukau pengamal perubatan itu berjaya memenangi anugerah Intermedia­te Science Stream di Big Bang Fair pada 2017.

 ??  ?? SAINTIS muda yang menyumbang inovasi membanggak­an sejak berusia 16 tahun.
SAINTIS muda yang menyumbang inovasi membanggak­an sejak berusia 16 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia