Harian Metro

Tingkatkan kualiti hidup

-

Menurut Pengerusi

RAT Khairuddin Sabri, menyedari peranan pasukannya yang memberi sokongan berterusan kepada mangsa banjir mahupun golongan memerlukan lain, pihaknya sepakat menubuhkan persatuan terdiri daripada pemilik kenderaan berkenaan.

“Mangsa banjir 2014, ratarata penduduk kampung sekitar Gua Musang dan Kuala Krai hanya mencari rezeki dengan bekerja sebagai penoreh getah.

Banjir menyebabka­n kerosakan ladang sehingga menjejaska­n pengeluara­n getah pokok sekali gus menyebabka­n mereka hilang sumber pendapatan sehingga tiga bulan.

“Jadi selama tempoh itu kami berulang-alik dari Kuala Lumpur dan Kelantan untuk membantu orang kampung. Malah sehingga hari ini kami masih turun ke lokasi untuk memberi bantuan susulan. Dengan penubuhan RAT, kami berharap lebih banyak sokongan diterima terutama daripada agensi korporat untuk bekerjasam­a dengan kami membantu mereka memerlukan.

“Pusat operasi RAT di Kampung Bandar Dalam, Sentul turut berfungsi sebagai pusat sehenti untuk komuniti mahupun kelab kereta lasak lain kerana kami mempunyai bengkel membantu pemilik pacuan mendapat nasihat teknikal mengenai membaik pulih kenderaan.

“Kami turut berkolabor­asi dengan kumpulan pendaki bergerak sebagai sukarelawa­n untuk penyerahan sumbangan di kawasan pedalaman sebagai contoh masyarakat Orang Asli. Misi kami tidak lain ialah sebagai satu bentuk sokongan terhadap bantuan kemanusiaa­n jangka masa panjang yang memberi impak untuk meningkatk­an kualiti hidup golongan miskin,” katanya.

Sementara itu Bendahari RAT Faisal Mokhtar berkata, pihaknya menerima sebarang sumbangan baik berbentuk barangan mahupun kewangan yang boleh dimanfaatk­an untuk golongan sasaran.

“Bantuan diagihkan kepada golongan sasaran ketika ini lebih berbentuk barangan asas seperti beras, gula, minyak, tepung dan sebagainya. Ada juga barangan lain seperti pancing dan ubat-ubatan untuk mereka menghadapi musim monsun.

“Untuk projek baru saja selesai iaitu Gua Musang Adventure Trail 2017 (GAMAT), kami bekerjasam­a dengan Maybank Investment,

CSR dan BERNAS selain mendapat sokongan NGO lain untuk membantu kami mengagihka­n lebih 40 keluarga fakir di Kuala Krai,” katanya.

 ??  ?? SUKARELAWA­N perlu menaiki bot untuk ke kampung yang tidak boleh sampai melalui jalan darat.
SUKARELAWA­N perlu menaiki bot untuk ke kampung yang tidak boleh sampai melalui jalan darat.
 ??  ?? FAISAL (kanan) menyerahka­n sumbangan kepada wakil keluarga.
FAISAL (kanan) menyerahka­n sumbangan kepada wakil keluarga.
 ??  ?? PENDUDUK menerima barang sumbangan daripada sukarelawa­n.
PENDUDUK menerima barang sumbangan daripada sukarelawa­n.
 ?? FOTO ?? BARANGAN
diagihkan sebagai barang
bantuan.
FOTO BARANGAN diagihkan sebagai barang bantuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia