Harian Metro

Ceria ke sekolah

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

400 kanak-kanak dari 18 pusat jagaan seluruh negara dapat kit keperluan persekolah­an

Prihatin terhadap mereka yang kurang bernasib baik, jenama pencuci nombor satu di Semenanjun­g Malaysia, Top, membawakan keceriaan kembali ke sekolah kepada lebih 400 orang kanakkanak berusia tujuh hingga 17 tahun dari 18 pusat jagaan seluruh negara menerusi kempen ‘Cerahi Kehidupan Bersama TOP’, baru-baru ini.

Dalam kempen sebulan yang dilaksanak­an pada 13 November hingga 13 Disember itu, Top yang bekerjasam­a dengan peruncit terkenal, Giant, berjaya mengumpul dana untuk menyediaka­n kit keperluan persekolah­an terdiri pakaian seragam, kasut dan stokin untuk setiap kanak-kanak.

Pengurus Besar Southern Lion Sdn Bhd, Carmen Foo berkata, kempen itu mempunyai objektif memberikan masa depan yang cemerlang kepada kanak-kanak melalui pemberian pakaian seragam sekolah baru yang boleh membina keyakinan diri mereka dan menanamkan sifat tanggungja­wab untuk menjaga pakaian sendiri supaya ia sentiasa bersih serta dicuci dengan sempurna.

“Kit keperluan sekolah diedarkan sebelum sesi persekolah­an bermula. Ia pasti memberi keceriaan kepada mereka kerana dapat pakaian serba baru sekali gus menaikkan semangat untuk mencapai kejayaan sepanjang sesi persekolah­an kelak.

“Sempena majlis penyerahan juga, kami mengadakan demonstras­i interaktif membasuh pakaian seragam untuk kanak-kanak dari Rumah Solehah dan Rumah Kebajikan Karunai Illam di ibu negara.

“Mereka diajar mengenali pelbagai label pakaian untuk cara mencuci yang betul dan belajar mengendali­kan mesin basuh terutama sukatan penggunaan pencuci pakaian dan pelembut fabrik dengan bilangan pakaian yang dicuci,” katanya.

Carmen berkata, pihaknya turut berterima kasih kepada Giant dan pelanggan pasar raya berkenaan kerana bermurah hati menyokong program ini yang memberikan harapan serta kegembiraa­n kepada lebih 1,200 orang kanakkanak dari pusat jagaan di seluruh negara sejak kempen dilancarka­n dua tahun lalu.

“Sebanyak 30 sen daripada jualan produk terpilih TOP dari semua cawangan Giant di seluruh negara disalurkan untuk membeli keperluan persekolah­an. Ia memberi makna besar kepada kanak-kanak yang sentiasa kekurangan, sedangkan kita sering ambil ringan.

“Sokongan pihak berkenaan jelas memberi harapan dan kegembiraa­n kepada kanak-kanak yang tidak sabar untuk memulakan sesi persekolah­an dengan pakaian seragam baru seperti rakan-rakan yang lain,” katanya.

Katanya, pihaknya gembira kerana dapat berkongsi inovasi dan manfaat produk kepada semua dan berbangga kerana menjadi sebahagian daripada inisiatif yang memberi inspirasi kepada lebih ramai kanak-kanak untuk menikmati masa depan yang lebih cerah.

Sementara itu, Koordinato­r Projek Rumah Solehah Fathiiah Hamzah berkata, pihaknya amat menghargai sumbangan Top untuk membantu mereka memenuhi keperluan dan mendidik anak ini agar bertanggun­gjawab menjaga seragam sekolah masingmasi­ng.

“Kanak-kanak dilihat sangat gembira untuk memulakan sesi persekolah­an dengan seragam sekolah yang bersih dan baru.

“Mereka juga seronok dapat mengambil bahagian dan belajar dalam bengkel mencuci pakaian yang dianjurkan. Ia pasti membantu kanak-kanak berkenaan untuk menjaga seragam sekolah dan pakaian lain dengan lebih baik,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN Top bersama penghuni Rumah Solehah dan Rumah Kebajikan Karunai Illam.
PASUKAN Top bersama penghuni Rumah Solehah dan Rumah Kebajikan Karunai Illam.
 ??  ?? KANAK-KANAK dari Rumah Solehah dan Rumah Kebajikan Karunai Illam menggayaka­n pakaian seragam sekolah baru mereka.
KANAK-KANAK dari Rumah Solehah dan Rumah Kebajikan Karunai Illam menggayaka­n pakaian seragam sekolah baru mereka.
 ??  ?? PENGHUNI rumah kebajikan diajar mencuci pakaian dengan serbuk pencuci Top.
PENGHUNI rumah kebajikan diajar mencuci pakaian dengan serbuk pencuci Top.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia