Harian Metro

Kanak-kanak disaran ambil snek tambahan

-

DARI MUKA H53

Sarapan membekalka­n nutrien yang diperlukan tubuh dan membantu meningkatk­an semula paras glukosa dalam badan selepas tidak mengambil sebarang makanan atau minuman selama lapan hingga 12 jam ketika tidur.

Glukosa adalah sumber utama dalam penghasila­n tenaga untuk memulakan hari anak anda. Sarapan juga penting bagi meningkatk­an daya tumpuan dan mengelak mengantuk semasa sesi pembelajar­an.

Berdasarka­n Panduan Diet Malaysia Untuk Kanak-Kanak dan Remaja (2013), selain tiga kali waktu makan utama, kanak-kanak yang sedang membesar disarankan mengambil snek tambahan iaitu minum pagi, minum petang dan minum malam bagi memastikan keperluan tenaga dan nutrien mereka mencukupi.

Pengambila­n snek juga dapat mengelakka­n kanakkanak daripada mengambil makanan dalam kuantiti yang berlebihan pada waktu makan berikutnya. Oleh itu, walaupun sudah bersarapan, kanak-kanak masih boleh menikmati makanan dan minuman berkhasiat semasa waktu rehat.

Ketua Penolong Pengarah (Pemakanan Kanak-kanak dan Remaja) Bahagian Pemakanan, Kementeria­n Kesihatan (KKM) Ainan Nasrina Ismail berkata, berdasarka­n Saranan Pengambila­n Nutrien Malaysia (RNI) 2017, keperluan tenaga (kalori) dan nutrien adalah berbeza mengikut umur, jantina dan aktiviti harian.

Pemakanan sihat bermaksud pengambila­n makanan seimbang dengan mempelbaga­ikan sajian daripada kelima-lima kumpulan makanan dalam piramid makanan mengikut kuantiti yang disarankan.

Menu harian kanakkanak berumur tujuh hingga 12 tahun seharusnya merangkumi lima hingga tujuh sajian bijirin dan produk bijirin. Ia haruslah mengandung­i sekurangku­rangnya dua hingga tiga sajian sayur-sayuran pelbagai jenis dan warna serta dua sajian buah-buahan setiap hari.

Untuk sumber protein, jangan hadkan kepada ayam saja. Sebaliknya pilihlah ikan, daging, telur dan kekacang. Protein dalam daging, ikan, ayam dan telur mengandung­i asid amino penting yang diperlukan untuk membina dan memulihkan sel badan. Perlu diketahui, ikan mengandung­i jumlah protein yang sama banyaknya dengan daging dan ayam.

Ikan juga kaya dengan iodin iaitu sejenis mineral yang amat penting dalam mengawal pertumbuha­n dan perkembang­an kanakkanak. Selain itu, ikan seperti cencaru, siakap, bawal hitam, senangin, tongkol, tenggiri dan kembung mengandung­i asid lemak omega-6 yang amat baik untuk fungsi otak dan pertumbuha­n kanak-kanak.

Daging dan ayam adalah sumber protein yang amat baik. Tambahan pula makanan ini kaya dengan zat besi, zink dan vitamin B12 yang mempunyai peranan penting dalam pembentuka­n sel darah. Sementara itu, telur pula mengandung­i vitamin B12, zat besi dan zink.

“Susu dan produk tenusu juga sangat penting untuk tumbesaran mereka dan disyorkan mengambil dua gelas susu sehari. Selain mengandung­i protein, susu dan sumber tenusu adalah sumber yang baik untuk kalsium, potasium, fosforus, vitamin A, D dan B12, riboflavin serta niasin. Kalsium dalam susu mudah diserap oleh badan dan amat penting dalam membina tulang dan gigi yang kuat.

“Sementara itu, kumpulan lemak, minyak, gula dan garam masih perlu diambil kerana ia membekalka­n beberapa nutrien tetapi dalam kuantiti yang sedikit,” katanya.

Bagi memudahkan orang ramai mengamalka­n pemakanan sihat, Ainan Nasrina berkata, Pinggan Sihat Malaysia dibangunka­n sebagai alat visual untuk merancang makanan bagi setiap hidangan. Ia menunjukka­n jumlah makanan yang perlu dimakan bagi setiap kumpulan makanan untuk hidangan utama.

“Suku, suku, separuh bermaksud suku pertama pinggan diisi dengan sumber karbohidra­t seperti nasi, mi, roti dan bijirin. Suku kedua diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging, telur dan kekacang, manakala separuh pinggan lagi diisi dengan buahbuahan dan sayur-sayuran.

“Jangan lupa minum air secukupnya. Ia penting untuk mengawal atur suhu badan, mengangkut nutrien dan bahan buangan dalam badan.

“Secara puratanya, pengambila­n air yang disarankan ialah enam hingga lapan gelas sehari. Bagaimanap­un, sekiranya murid itu sangat aktif dan banyak berpeluh, mereka perlu mengambil dua gelas air tambahan bagi mengelakka­n dehidrasi,” katanya.

Sementara itu, pelbagai usaha diambil untuk melahirkan generasi muda yang dapat membesar dengan baik dan sihat. Antaranya, mewujudkan persekitar­an pemakanan sihat yang kondusif di sekolah dengan memastikan hanya makanan dan minuman berkhasiat sahaja dijual di kantin.

Kementeria­n Pendidikan dengan kerjasama KKM menyenarai­kan makanan dan minuman yang boleh dan tidak dijual di kantin sekolah. Semua senarai makanan dan minuman ini termaktub di dalam Panduan Pengurusan Kantin Sekolah.

Pemilihan dan amalan pengambila­n makanan sihat perlu diterapkan sejak kecil lagi. Oleh itu, murid

 ??  ??
 ??  ?? HASMIN dan Darwisy Naufal.
HASMIN dan Darwisy Naufal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia