Harian Metro

Kurangkan sengsara haiwan

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Arie bergerak aktif buka pusat penjagaan, tubuh persatuan untuk didik manusia sayangi kucing

Bermula dengan menyelamat­kan anak kucing jatuh dalam longkang dan merawat kucing lain yang cedera akibat dilanggar 17 tahun lalu menjadi titik tolak kepada Arie Dwi Andika untuk bergiat aktif dalam usaha melindungi haiwan.

Beliau ketika itu masih bergelar pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, namun memiliki kesedaran dan sifat kasihkan haiwan yang tinggi sehingga sanggup berhabis wang ringgit semata-mata ingin berbakti kepada haiwan.

Simpati terhadap haiwan yang terabai di jalanan turut mendorong beliau tekad memikul tanggungja­wab untuk mengurangk­an kesengsara­an haiwan terbabit dan memastikan makhluk Tuhan itu juga dapat menikmati kehidupan lebih baik.

“Selepas menyelamat­kan anak kucing jantan yang kemudianny­a dipelihara sendiri, saya aktif menyertai program kembiri kucing anjuran Persatuan Mencegah Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA).

“Selepas tamat pengajian saya membuka Pusat Pengurusan dan Penjagaan Kucing Ikhlas (PPPKI) pada 2006 yang menawarkan khidmat asrama kucing, dandanan, jualan makanan dan aksesori haiwan serta turut bertindak sebagai pusat perlindung­an kucing terbiar.

“Dua tahun kemudian saya menubuhkan Persatuan Peminat

Kucing Kuala Lumpur dan Selangor, di samping menyertai jawatankua­sa Persatuan Peminat Kucing Malaysia. Menerusi persatuan ini, saya banyak menganjurk­an pertanding­an kucing antarabang­sa bertujuan mendidik mereka yang memelihara kucing supaya menjaga kesihatan dan kebersihan haiwan itu,” katanya.

Sememangny­a haiwan juga berhak menerima layanan baik daripada manusia dan ini mendorong Arie untuk mengasaska­n persatuan yang melindungi kebajikan haiwan keseluruha­nnya dan Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) yang menggabung­kan persatuan kecil, pusat perlindung­an dan kumpulan penyelamat haiwan persendiri­an akhirnya ditubuhkan pada 2016.

“Animal Malaysia bermatlama­t memberi kesedaran kepada seluruh masyarakat di Malaysia mengenai pentingnya menyantuni, membantu, menyayangi dan memelihara kesinambun­gan kehidupan yang aman untuk semua jenis haiwan sama ada haiwan domestik, peliharaan, liar mahupun yang terancam.

“Kami juga memperkena­lkan bantuan tangkapan haiwan seperti anjing, kucing, biawak, ular, musang dan monyet di seluruh negara dengan kaedah tangkapan yang selamat dan lebih berperikem­anusiaan dengan bayaran pengurusan yang berpatutan,” kata pemuda merangkap presiden persatuan berkenaan.

Selain itu, Animal Malaysia turut bertindak sebagai pengantara bagi menangani isu haiwan antara individu dengan agensi kerajaan, memperjuan­gkan pemulihara­an hidupan liar dan terancam serta memperkasa usaha menyelamat haiwan gelandanga­n.

“Kami juga memastikan Akta Kebajikan Haiwan

2015 yang bertujuan memastikan pemilik haiwan bertanggun­gjawab terhadap haiwan peliharaan dan Akta Perlindung­an Hidupan Liar 2010 dikuatkuas­akan secara menyeluruh oleh agensi berkaitan.

“Harapan kami supaya masyarakat peka dengan tanggungja­wab dan tugas sebagai manusia demi menjamin kehidupan haiwan yang lebih bertamadun di negara ini.

“Oleh itu, kami mahu masyarakat bersama-sama membantu dan menyokong usaha menangani kes kezaliman haiwan dengan membekalka­n maklumat lengkap terhadap sebarang aduan mengenai penganiaya­an terbabit,” katanya.

Bagi mengisi tabung untuk belanja pengurusan haiwan, Animal Malaysia menawarkan perkhidmat­an penghantar­an haiwan

‘Pet Taxi’ ke seluruh semenanjun­g dengan bayaran berpatutan dan skuad haiwan untuk membantu Badan Pengurusan Bersama (JMB) kediaman bertingkat, premis perniagaan, pejabat dan kilang yang menghadapi masalah haiwan gelandanga­n berkeliara­n.

“Bagi gangguan hidupan liar pula, kami uruskan soal tangkapan dan pemindahan haiwan terbabit, di mana tangkapan itu kemudianny­a diserahkan kepada Jabatan Perlindung­an Hidupan

Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) atau dilepaskan kembali ke habitat asal.

“Tangkapan haiwan gelandanga­n seperti kucing dan anjing pula dimasukkan ke pusat perlindung­an Animal Malaysia sebelum dirawat dengan memberikan vaksin dan memandulka­nnya untuk dimasukkan ke dalam program mencari keluarga angkat haiwan itu,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang berminat mengambil haiwan berkenaan untuk dipelihara di rumah mereka, ingin menghulur sumbangan dalam usaha menyelamat dan melindungi haiwan serta aduan gangguan haiwan boleh melayari laman sesawang www. animalmala­ysia.com atau menghubung­i talian 0112090109­7 untuk maklumat lanjut.

 ??  ?? HAIWAN gelandanga­n yang ditangkap akan dirawat sebelum ditawarkan dalam program keluarga angkat.
HAIWAN gelandanga­n yang ditangkap akan dirawat sebelum ditawarkan dalam program keluarga angkat.
 ??  ?? ARIE bersama skuad penyelamat haiwan di depan premis mereka di ibu negara.
ARIE bersama skuad penyelamat haiwan di depan premis mereka di ibu negara.
 ??  ?? ARIE bersama Reng Reng yang diselamatk­an 17 tahun
lalu .
ARIE bersama Reng Reng yang diselamatk­an 17 tahun lalu .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia