Harian Metro

Menyusuri laluan lama

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Program travelog #Jalanlama ketengah

keunikan makanan dulu-dulu

Berkonsepk­an pengembara­an ke pekan dan perkampung­an, RTM tampil dengan travelog baru #Jalanlama.

Menariknya, program itu menampilka­n kru menjelajah kawasan berkenaan menggunaka­n jalan lama.

Ia boleh ditonton di saluran TV1, setiap Khamis, jam 12.30 tengah hari.

Dikendalik­an pelawak kumpulan Balas, Fendi program 13 episod itu membawa penonton menyaksika­n keunikan tempat lama dari segi masakan dan makanan klasik masyarakat setempat.

Episod pertama #Jalanlama mengetenga­hkan laluan lama ke Gerik,

Kuala Kangsar dan cara menyediaka­n masakan yang sudah jarang disediakan.

Masakan unik berkenaan seperti belontak, kebebeh dan kemahang.

Manakala episod kedua memperkena­lkan jalan lama ke Batu Kurau dan Selama, Perak. Di Selama, pengacara dan penduduk kampung menyediaka­n beberapa hidangan unik kuih beka, kerabu umbat bayas dan lemak pucuk salang.

Masih lagi di Perak, episod berikutnya menyaksika­n kru #Jalanlama meneroka jalan lama ke Taiping serta hidangan masyarakat tempatan yang dikenali sebagai nasi lemuni, bubur anak lebah dan rendang ikan sayur.

Kunjungan ke Kedah pula menyusuri laluan Gunung Jerai dan Pendang. Antara masakan setempat yang hampir pupus seperti nasi daging batu hampar, habuk daging dan kuih bunga.

Lokasi lain yang turut dipaparkan dalam #Jalanlama adalah Kuala Perlis, Langkawi, Port Dickson, Kuala Pilah dan Lukut.

Di Johor Bahru pula, laluan diterokai adalah Tanjung Piai di Pontian dengan memperkena­lkan hidangan enak burasak, pa loi dan ayam lengkuas menjadi santapan.

Episod akhir memperkena­lkan Cameron Highlands dan tempat menarik di tanah tinggi itu.

Penonton juga boleh menyaksika­n #Jalanlama menerusi portal online, Myklik di myklik.rtm.gov. my atau aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ?? FENDI seronok mengacara #Jalanlama.
FENDI seronok mengacara #Jalanlama.
 ??  ?? KETENGAHKA­N banyak
juadah tradisi.
KETENGAHKA­N banyak juadah tradisi.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia