Harian Metro

Khabar gembira buat pesara polis

 Najib umum peruntukan kuota khas haji, 10,000 rumah mampu milik, peruntukan RM3 juta untuk tabung amanah

- Idris Musa dan Syazwan Msar am@hmetro.com.my

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumka­n khabar gembira yang akan memberikan manfaat kepada pesara polis di seluruh negara, semalam.

Beliau berkata, kerajaan meluluskan peruntukan RM3 juta untuk Tabung Amanah Warisan Polis setiap tahun selama tiga tahun bagi membantu pesara dan keluarga mereka.

Turut diumumkan kuota khas haji pesara polis, peruntukan 10,000 rumah menerusi skim perumahan mampu milik Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia dan penyusunan semula Bahagian Hal Ehwal Veteran Polis.

Bagi kuota khas haji pesara polis, beliau berkata, jumlahnya diumumkan selepas mendapat isyarat mengenai jumlah keseluruha­n kuota haji daripada Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.

“Saya tak nak umum jumlahnya (sekarang). Tengok tahun ini berapa banyak kita dapat (kuota keseluruha­n). Daripada situ nanti insya-Allah saya akan beritahu kepada Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara jumlah yang boleh kita khaskan untuk pesara polis,” katanya pada Majlis Perjumpaan Pesara-Pesara Polis Bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Pada majlis itu, Najib mengurniak­an Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada 13 penerima.

Beliau mengingatk­an pesara polis untuk bersama-sama menentukan masa depan negara dan amanah yang perlu digalas dengan sebaik-baiknya.

“Jangan menggadai maruah bangsa, agama dan negara. Itu prinsip. Prinsip mesti ada. Hidup ini mesti ada maruah dan prinsip.

“Kita nak main politik sikit-sikit itu tak apalah. (Namun politik) mesti berasaskan moral.

“Bukan politik sebagai permainan. Hari ini buat ini, besok buat lain, lusa buat lain. Tidak, itu bukan politik yang menguntung­kan bangsa, agama dan negara,” katanya.

 ??  ?? NAJIB dan Dr Ahmad Zahid beramah mesra dengan pesara polis di PWTC, semalam.
NAJIB dan Dr Ahmad Zahid beramah mesra dengan pesara polis di PWTC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia