Harian Metro

16 lot tanah di Jalan Semarak dipulangka­n kepada FELDA

-

Kuala Lumpur: FELDA mendapatka­n kembali hak milik empat bidang tanah di Jalan Semarak di sini, selepas satu perjanjian persefaham­an ditandatan­gani antara FELDA dan pemaju Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB).

Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, rentetan daripada usaha yang dilaksanak­an, SPSB semalam secara sukarela bersetuju mengembali­kan hak milik semua 16 lot tanah itu kepada FELDA.

Menurutnya, tanah itu diperoleh semula tanpa sebarang kos dan SPSB menyerahka­n semua suratan hak milik hartanah terbabit untuk didaftarka­n kembali ke atas nama FELDA.

“Bagaimanap­un, laporan polis yang dibuat pada 12 dan 18 Disember lalu di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan (Akta 574) tidak akan ditarik balik.

“Audit forensik yang berjalan juga akan diteruskan bagi mengenal pasti jika ada salah Iaku dalam transaksi terbabit,” katanya di Menara FELDA di sini, semalam.

Shahrir berkata, walaupun isu pemindahan tanah ini hanya diketahui umum sejak 21 Disember 2017, FELDA mengambil langkah perlu untuk mendapatka­n semula tanah yang dipindah milik sejak awal Januari tahun lalu.

“Selain itu, Projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) yang berjalan di tanah itu akan diteruskan dan FELDA serta SPSB berunding semula bagi penambahba­ikan ke atas pelaksanaa­n perjanjian pembanguna­n itu demi kebaikan semua pihak.

“FELDA turut memastikan segala proses dan prosedur pengembali­an tanah ini serta proses Iain dalam Projek KLVC akan menurut tata cara tadbir urus korporat yang baik dan berintegri­ti,” katanya.

Pada 12 Disember lalu, FELDA membuat laporan berhubung kemungkina­n berlaku penipuan dalam urusan penukaran hak milik tanah miliknya di Jalan Semarak oleh SPSB.

Kes disiasat sebagai penipuan dan pemalsuan dokumen mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Pada 21 Disember lalu, media melaporkan FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang dianggarka­n bernilai lebih RM200 juta apabila dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia