Harian Metro

Lega anak hilang ditemui selamat Duniaku hanya siling

- Garret Dawum am@hmetro.com.my

Seorang lelaki warga emas, Ahmad Wan, 72, lega apabila anak lelakinya yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah sejak 7 Januari lalu ditemui dalam keadaan selamat, semalam.

Sebelum ini, Muhammad Saifuddin, 33, dari FELDA Tekam Utara, di sini, yang menderita penyakit misteri dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya dengan menunggang sebuah motosikal tanpa memaklumka­n kepada ahli keluarga lain.

Ahmad berkata, dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki memaklumka­n menemui anaknya di Kuala Kubu Baru, Selangor, jam 3 petang semalam.

“Individu berkenaan memaklumka­n terserempa­k dengan anak saya di tepi jalan dan mengecam wajahnya menerusi gambar yang tular di Facebook,” katanya.

 Wanita OKU hanya terlantar atas tilam lusuh tagih kasih dua anak saudara

mampu bergerak dan hanya baring 24 jam.

“Beginilah keadaan saya setiap hari. Baring dan tidak boleh bergerak. Dulu saya boleh lagi bergerak dengan mengengsot jika mahu ke tandas.

“Namun apabila anggota badan sudah sakit dan tidak berdaya, semua benda saya tidak boleh buat,” katanya di rumahnya di Kampung Melayu Tambahan, di sini, semalam.

Paling memeritkan­nya kematian ayah tiga bulan lalu menambah kesukarann­ya untuk meneruskan hidup.

“Saya cacat anggota badan sejak kecil dan hanya bergantung kepada ayah serta adik kedua selama ini. Sekarang dugaan semakin bertambah dengan kematian ayah dan adik, tahun lalu.

“Saya seperti hilang semuanya. Tempat untuk saya menumpang kasih sayang juga sudah tiada dan kini hanya ada dua anak saudara yang juga yatim piatu,” kata anak sulung daripada enam beradik itu.

Katanya, dia juga terpaksa mengikat perut jika kehabisan duit atau makanan. “Kadang-kadang dua atau tiga hari saya tidak makan. Namun saya tidak kisah kerana sudah biasa begitu.

“Memang saya ada adik-beradik lain tetapi tidak mahu menyusahka­n mereka kerana semua sudah berkeluarg­a,” katanya. Hamimah berkata, kebimbanga­nnya semakin bertambah apabila bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah ditamatkan selepas adik yang menjaganya meninggal dunia, April tahun lalu.

“Saya tidak tahu ke mana boleh saya pergi untuk meminta bantuan. Status bantuan JKM juga masih tidak diketahui.

“Hanya jiran dan individu tertentu yang mengetahui keadaan saya menjadi tempat untuk bergantung terutama bagi pembelian lampin pakai buang, makanan dan keperluan asas lain seperti beras, garam dan gula,” katanya.

 ??  ?? HAMIMAH yang terlantar di rumahnya.
HAMIMAH yang terlantar di rumahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia